Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ding.ga.ding] | ٢ ݢاديڠ

Definisi : 1. tulang rusuk pd lambung perahu; 2. lingkaran pd roda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding.ga.ding] | ٢ ݢاديڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), Diplospora malaccense; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Greenia corymbosa; 3. sj tumbuhan (pokok), Prismatomeris malayana; ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Tarenna wallichii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding.ga.ding] | ٢ ݢاديڠ

Definisi : 1 kasau-kasau atau tulang rusuk yg melengkung pd rusuk perahu. 2 bingkai roda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gading-gading

Puisi
 

Nyiur gading tinggi mahligai,
     Ketupat jua berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Seperti gading dilarik.

Bermaksud :

Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Putus gading bersekat-sekat, Belum jatuh sudah retak, Putus runding kerana muafakat, Hukum jatuh benar terletak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Nyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Kasih sayang sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nyiur gading di laman belas, Buat ketupat berisi inti; Hancur daging tulang kukilas, Sudah dapat baru berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gajah ini gading sembilan, Turun menyodok dalam dusun; Beralih tahun beralih bulan, Nanti dengar hamba nak pantun.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Nyiur gading baru berbuah, Pokok senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tentulah tanduk tak guna lagi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau sudah menebuk gading, Tebuk menjadi ukiran pekat; Kalau sudah duduk berunding, Elok dicari mata muafakat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tanduk menjadi gading, Ambillah sirih dengan gagang; Kalau duduk dalam berunding, Fikiran jernih dada pun lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sejak badik berhulu gading, Banyaklah orang datang memegang; Sejak adik selalu menjeling, Tergeraklah abang datang meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas