Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ding.ga.ding] | ٢ ݢاديڠ

Definisi : 1. tulang rusuk pd lambung perahu; 2. lingkaran pd roda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding.ga.ding] | ٢ ݢاديڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), Diplospora malaccense; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Greenia corymbosa; 3. sj tumbuhan (pokok), Prismatomeris malayana; ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Tarenna wallichii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ding.ga.ding] | ٢ ݢاديڠ

Definisi : 1 kasau-kasau atau tulang rusuk yg melengkung pd rusuk perahu. 2 bingkai roda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gading-gading

Puisi
 

Nyiur gading tinggi mahligai,
     Ketupat jua berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Seperti gading dilarik.

Bermaksud :

Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading baru berbuah, Pokok senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tentulah tanduk tak guna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Kasih sayang sampai ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading di laman belas, Buat ketupat berisi inti; Hancur daging tulang kukilas, Sudah dapat baru berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaGajah ini gading sembilan, Turun menyodok dalam dusun; Beralih tahun beralih bulan, Nanti dengar hamba nak pantun.
Kurik Kundi Merah SagaLaksamana pergi mendekut, Dapat seekor punai gading; Kalau singa makan rumput, Tentu lembu makan daging.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Tunggang jauh ke hulu, Gunung Gading nampak melintang; Hatiku bimbang dari dahulu, Putih kuning di mana menghilang?
Kurik Kundi Merah SagaSayang Tunggang jauh ke hulu, Gunung Gading nampak melintang; Hatiku bimbang dari dahulu, Putih kuning di mana menghilang?
Kurik Kundi Merah SagaPadi malar cero tak putih, Rambutan gading di dalam timba; Hati mana saya tak sedih, Buatan tuan di hadapan saya.
12

Kembali ke atas