Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.do.ga.do] | ݢادو٢

Definisi : Jw 1. sj makanan drpd sayur-sayuran, tempe, tauhu dsb yg digaul dgn kuah kacang; 2. campur baur, tidak teratur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.do.ga.do] | ݢادو٢

Definisi : 1 makanan drpd sayur-sayuran yg bercampur sambal kacang dll. 2 ki tidak teratur; bercampur aduk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gado-gado


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mengetahui maksud gado-gado, epok-epok dan dekak-dekak. Terima kasih.Gado-gado ialah sejenis makanan daripada sayur-sayuran, tempe, tauhu dan sebagainya yang digaul dengan kuah kacang. Epok-epok ialah sejenis kuih berintikan sayur. Dekak-dekak ialah sempoa.Makna18.10.2011
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang

Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022

Kembali ke atas