Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.gal] | ݢاݢل

Definisi : tidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (cita-cita dsb yg dikehendaki) tidak jadi, kecewa: usaha-usaha utk menamatkan konfrontasi ~ belaka; ~ dlm peperiksaan;menggagalkan menjadikan tidak berhasil, mengecewakan: rundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;tergagal tidak berhasil atau berjaya: kalau tidak tahu tempatnya, perjalanan kita mungkin ~;kegagalan perihal gagal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.gal] | ݢاݢل

Definisi : tidak berjaya mencapai tujuannya; tidak berhasil; tidak jadi: Serangan Belanda ke atas Riau itu ~. menggagalkan menjadikan tidak berhasil; menjadikan gagal: Ada pihak-pihak tertentu yg berusaha utk ~ rundingan itu. kegagalan keadaan atau hal gagal; kekecewaan: ~nya utk mendapatkan ijazah itu sangat-sangat merisaukan fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagal

Peribahasa

Rosak tapai kerana ragi.

Bermaksud :

Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
cardiorespiratory failuregagal jantung paru/gagal kardiopernapasangagal kardiopernafasan/gagal jantung parugagal jantung paruPerubatan
shear failuregagal geser; gagal sesargagal ricihgagal ricihPerhutanan
launch failuregagal luncurgagal lancargagal lancarAeroangkasa
metal failuregagal logamgagal logamgagal logamPerubatan
fail-safegagal-selamatgagal-selamatgagal-selamatKejuruteraan Kapal Terbang
false startgagal hidupgagal hidupgagal hidupKejuruteraan Kapal Terbang
tension failuregagal tegangangagal tegangangagal teganganPerhutanan
glue failuregagal perekatangagal perekatgagal perekatPerhutanan
heart failuregagal jantunggagal jantunggagal jantungPerubatan
failurekegagalan/gagalkegagalan/gagalkegagalan/gagalPerubatan
123456

Kembali ke atas