Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ha.ru] | ݢهارو

Definisi : kayu yg harum (berasal drpd pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis);~ badak sj tumbuhan (pokok renek), gembadak, sepucat, Phyllochlamys wallichii; ~ dibakar kemenyan berbau prb orang yg menunjukkan kelebihannya supaya dipercayai orang; spt buku ~ prb memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya; sudah ~ cendana pula (sudah tahu bertanya pula) prb orang yg berlagak tidak tahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ha.ru] | ݢهارو

Definisi : , = kayu ~ kayu yg harum baunya yg biasanya diperoleh dr pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaharu

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sukakan gaharu kerana baunya,
     sukakan guru kerana ilmunya.

Bermaksud :

Sukakan kepada sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAYU GAHARU

Kayu gaharu ialah kayu berharga yang jarang

ditemui, yang diperoleh daripada beberapa jenis

pokok yang berkaitan. Pokok ini tumbuh di selatan

India, Indonesia, sesetengah Pulau Pasifik dan

Australia.

UMUM 
GAHARU

GAHARU, kayu yang berbau wangi dan hanya dapat diperoleh daripada spesis tumbuhan Aquillaria yang telah terinfeksi.

BUDAYAKonsep
MIR

Mir ialah damar harum yang diperah daripada

pokok-pokok tertentu dan pokok renek tertentu. Mir

yang dirujuk dalam Kitab Bible (Matt.2) terdapat di

timur laut Afrika dan Timur Tengah. Damarnya

diperah dan digunakan dalam gaharu, minyak wangi

dan ubat. Satu lagi spesies mir di Timur Tengah, mir

Mekah, adalah sumber salap Gilead. Pokok mir

Afrika menghasilkan damar gam yang sama, yang

dikenali sebagai bdelium dan digunakan untuk

membuat varnis dan ubat.

Pengelasan saintifik. Pokok yang menghasilkan mir

tergolong dalam genus Commiphora. Mir dalam Kitab

Bible ialah Commiphora abyssinica; salap Gilead diperoleh

daripada C. opobalsamum; mir Afrika ialah C. africana.

UMUM 

Kembali ke atas