Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.jah] | ݢاجه

Definisi : 1. sj mamalia dlm famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yg menjadikan gajah jinak; 2. buah catur yg jalannya menyerong; 3. sesuatu yg besar; badak ~ badak yg besar; nyamuk ~ nyamuk yg besar; ~ bara gajah hitam; ~ barat permainan utk kanak-kanak; ~ guling perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; ~ lalang gajah yg sudah jinak (tidak liar); ~ laut sj anjing laut, Mirounga spp.; ~ menung a) binatang yg besar (terutamanya dlm cerita); b) sj usungan berbentuk ikan laut utk pengantin; ~ menyusu atap tambahan atau yg disambung pd rumah, sengkuap; ~ mina a) walrus; b) sj perhiasan (makara); ~ patah permainan teka-teki; ~ tunggal gajah yg tidak bersama­-sama kawannya (sangat liar); spt ~ putih sesuatu yg mahal tetapi tidak berguna: kebanyakan perbadanan awam adalah spt ~ putih di bumi Afrika; ~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi ke­hidupan orang kaya; ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya; ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan; ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi; ~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya; ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga; ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya; ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan; ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah; ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar); bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan; spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya; spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya; spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya; gajah-gajahan 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut; bergajah menaiki gajah: bala tentera ~;menggajah tampak spt gajah, kelihatan besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.jah] | ݢاجه

Definisi : gajah 1 binatang besar berkaki empat serta mempunyai belalai dan banyak juga yg bergading, Elephas maximus. 2 nama buah catur yg jalannya sentiasa menyerong. 3 ki sebutan utk sesuatu yg besar: nyamuk ~ nyamuk yg besar. ~ bara gajah yg berkulit hitam. ~ lalang gajah yg jinak. ~ laut binatang laut yg besar (terdapat di kawasan Artik) yg mempunyai sepasang taring panjang, Odobenus spp.. ~ menyusu binaan yg disambung terus pd bahagian tepi rumah. ~ mina ikan paus. ~ tunggal gajah yg terpisah dr kawan-kawannya. gajah-gajahan 1 = main ~ main catur. 2 = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi besar; untut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gajah

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Gajah berjuang sama gajah,
     pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(77)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh atau tidak kata nama am untuk binatang digandakan. Contohnya burung menjadi burung-burung, gajah menjadi gajah-gajah,monyet menjadi monyet-monyet. Yang manakah ayat-ayat berikut betul? 1.Banyak monyet-monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 2. Banyak monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 3. Monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 4. Monyet-monyet bergayutan pada dahan kayu ara itu.Kalau banyak, boleh digandakan. Ayat 1-salah. Ayat 2,3 dan 4 betul.Tatabahasa19.08.2009
"Ia" tidak boleh digunakan untuk merujuk binatang. Dengan itu, bagaimanakah kita merujuk binatang dengan kata ganti nama diri ketiga? 2. Adakah "mereka" hanya untuk manusia. Jika saya ingin kata: Gajah-gajah di sini bersaiz besar. Mereka haiwan peliharaan Pak Abu. Adakah ayat sedemikian salah? Bagaimanakah saya menyampaikan maksud yang sama tanpa menggunkan "mereka"?"Ia" dan "mereka" ialah kata ganti nama diri ketiga dan ia boleh juga merujuk benda yang dibicarakan tetapi tidak mereka. Dalam penulisan makalah, nama binatang hendaklah diulang pada setiap ayat yang menceritakan tentang binatang tersebut, seperti Gajah-gajah ini bersaiz besar. Gajah tersebut ialah haiwan peliharaan Pak Abu.Tatabahasa23.04.2012
Selamat sejahtera Tuan/Puan, saya ingin bertanya bahawa apakah maksud lambai dalam lambai gajah yang merupakan nama bahagian keris? Adakah lambai gajah juga merujuk kepada salah satu bahagian badan gajah? Terima kasih.Ya. Lambai gajah ialah nama bahagian pada keris. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) memberikan takrif lambai gajah seperti yang berikut:

lambai gajah kata nama
bahagian pada mata keris yang tajam dan terletak di hujung belalai gajah di sebelah bawah ganja keris.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi tokoh-tokoh pandai besi di negara ini.
Makna01.10.2023
YANG MANA SATU ISTILAH YANG BETUL: NAMA BAGI LALUAN BERATAP- SUSUR GAJAH ATAU GAJAH MENYUSURKedua-dua istilah ini tiada  dalan pangkalan data DBP. Istilah tersebut digunakan oleh masyarakat tertentu dalam percakapan harian dan tidak digunakan dalan tulisan rasmi.  Istilah yang boleh digunakan untuk tujuan rasmi ialah "laluan pejalan kaki berbumbung" atau laluan pejalan kaki berkanopi".Istilah31.08.2016
1. bijak mengurus masa atau bijak menguruskan masa? 2. (a) ... gajah, burung, dan lain-lain lagi. (b) ... gajah, burung dan lain-lain lagi. (c) ... gajah, burung, dan sebagainya. (d) ... gajah, burung dan sebagainya. Manakah penggunaan tanda koma yang betul? 3. dalam pengiraan perkataan untuk UPSR Kertas 2 Bahagian C, PMR Kertas 2 Ringkasan, berapakah perkataan untuk "ibu bapa", "alam sekitar"?1. Frasa yang tepat ialah bijak menguruskan masa.

2. Penggunaan tanda koma yang betul ialah  (b) ... gajah, burung dan lain-lain lagi. (d) ... gajah, burung dan sebagainya.
 
3. Perkataan "ibu bapa"dan "alam sekitar" mempunyai dua patah perkataan.
Tatabahasa19.05.2013
Penjodoh bilangan yang paling sesuai. 1.sekumpulan gajah atau 2. Sekawan gajahPenjodoh bilangan "sekawan dan sekumpulan" boleh digunakan untuk haiwan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun, pengganas dan sebagainya.Lain-lain13.03.2017
Adakah ayat berikut betul? 1. Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti gajah, zirafah dan sebagainya. 2. Terdapat pelbagai jenis binatang seperti gajah, zirafah dan sebagainya di dalam zoo. 3. Terdapat pelbagai jenis binatang di dalam zoo seperti gajah, zirafah dan sebagainya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti gajah, zirafah dan harimau. (sebutkan lagi beberapa nama-nama binatang yang lain) atau Terdapat pelbagai jenis binatang di dalam zoo seperti gajah, zirafah dan lain-lain. Tatabahasa08.02.2018
ASSALAMUALAIKUM.SAYA INGIN BERTANYA TENTANG NOVEL ANTARA DENDAM DENGAN PERJUANGAN KARYA ALI JUSOH,2007.MEMANG BENAR CERITA TERSEBUT BENAR TETAPI ADAKAH ADIK MAT ,IAITU MAT KILAU ADIK KEPADA ADIK YAK,IAITU TOK GAJAH?BUKANKAH MAT KILAU ANAK TOK GAJAH ,DAN TOK GAJAH BERSAMA DATO BAHAMAN SERTA MAT KILAU TELAH BERJUANG UNTUK PAHANG.BENARKAH WATAK ZAKI HAMIDON,MARIA,ABON,SERI BANUM,PRABASNA,ABANG MUSA,DERAMAN,TAMBI SAN,AH WEE,AMAT DAN LAIN-LAIN.DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH MENULIS BUKU ATAU SYARAT -SYARATNYA.SAYA HARAP PIHAK ANDA DAPAT MEMBALAS PERTANYAAN SAYA INI.TERIMA KASIH.

Waalaikumusalam wbk. Bagi menjawab soalan sdr tentang watak-watak dan perwatakan dalam novel Dendam dan Perjuangan karya Ali Jusoh, sdr bolehlah menghubungi penulisnya sendiri di talian 09-6663312 (rumah) atau 019-9490727 (t/bimbit). Alamat rumah beliau ialah No. 4, Taman Teratai, To Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Mudah-mudahan beliau dapat menjelaskan sendiri tentang segala kemusykilan sdr.

Berhubung dengan minat dan syarat-syarat menulis buku, sdr. boleh mendapatkan atau membeli buku-buku yang dijual di pasaran yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit.  Antara buku terbitan DBP ialah Panduan Menulis Puisi karya Rahman Shaari, Panduan Menulis Cerpen karya Othman Puteh dan Panduan Menulis Novel karya Shahnon Ahmad. 

Sekian, selamat berjaya dan wassalam.  

      

 

Lain-lain02.12.2009
Riuh seperti pasar, besar seperti gajah telah digunakan dalam Buku Teks Tahun 2 SJKC. Ingin saya tahu maksud dengan lebih lanjut kegunaannya. Suasana Majlis perkahwinan riuh seperti pasar, udang galah yang dihidangkan itu besar seperti gajah tepat atau tidak kegunaannya. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat bagi perumpamaan riuh seperti pasar betul penggunaannya di dalam ayat. Tetapi, penggunaan perumpamaan besar seperti gajah kurang sesuai di dalam ayat kerana udang galah tidak akan kelihatan sebesar gajah.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa29.01.2018
tolong cari maksud gajah menyusuMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, gajah menyusu bermaksud (binaan) atap atau sengkuap yang bersambung dengan rumah.Makna24.07.2008
12345

Kembali ke atas