Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ji] | ݢاجي

Definisi : upah yg tetap, bayaran yg tetap utk pekerjaan;hari ~ hari pembayaran gaji; makan ~ bekerja utk mendapat gaji; orang ~ pembantu rumah tangga yg diberi gaji, pembantu rumah, amah; ~ bulan (minggu, hari) upah kerja yg dibayar setiap bulan (minggu, hari); ~ buta gaji yg diterima tanpa bekerja (keras); ~ mati gaji yg telah mencapai tahap terakhir (maksimum) dlm tangga gaji seseorang pekerja: sbg pemimpin persatuan, dia ingin melihat pekerja sektor perkilangan mendapat ~ mati lebih drpd RM1000 sebulan; ~ pokok gaji yg menjadi dasar dgn tiada tambahan elaun dsb; bergaji mendapat gaji: ~ besar;menggaji memberi (membayar) gaji, mengambil sbg pekerja: ia ~ penolongnya sangat rendah; orang-orang Cina lebih suka mengambil saudara-saudara mereka bekerja drpd ~ orang luar;gajian; orang ~ a) hamba, bujang, babu; b) orang pinjaman atau sewaan (dgn kontrak dll); hari ~ hari gaji;penggajian urusan menggaji: majikan perlu mengemukakan permohonan kpd Urusetia P~ Pekerja Asing di kementerian itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ji] | ݢاجي

Definisi : wang sbg upah bekerja yg dibayar dlm tempoh yg tetap. ~ bulan (hari, minggu) upah kerja yg dibayar setiap bulan (hari, minggu). ~ buta upah yg diterima dgn tidak bekerja sungguh-sungguh. ~ pokok gaji yg tidak ditambah dgn sebarang elaun. bergaji mendapat gaji: Mereka termasuk dlm golongan orang ~ kecil. menggaji mengambil orang bekerja dgn membayar gaji: Oleh sebab pelanggan terlalu banyak, saya perlu ~ tiga orang lagi utk membantu saya. penggajian hal, urusan dsb menggaji atau membayar gaji: Mereka sedang meneliti skim ~ baru itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaji

Peribahasa

Air lalu kubangan tohor.

Bermaksud :

Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
peken[p«.kEn]kata adjektifberjimat bersungguh-sungguhKalu hang ambek gaji bulan ni awai, bulan depan hang kena peken.[kA.lu hAN Am.bE gA.dZi bu.lAn ni A.wAj bu.lAn d«.pAn hAN k«.nA p«.kEn]Kalau awak ambil gaji bulan ini awal, bulan depan awak perlu berjimat bersungguh-sungguh.
   2. menggunakan khidmat atau tenaga seseorang berlebih-lebihan.Dia latu tukang masak dia tak padan dengan gaji.[di.jA lA.tu tu.kAN mA.sA/ di.jA tA/ pA.dAn d«.NAn gA.dZi]Dia menggunakan tenaga orang gajinya tidak sepadan dengan gaji.
merengkam[m«.Ò«N.kAm]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang menyimpan perasaan marah atau memendam rasaDia dok merekam tak habeh-habeh kat Pak Pen pasai dapat gaji melintang.[di.jA do/ m«.Ò«.kAm tA/ hA.bEh.hA.bEh kAt pA/ pen pA.sAj dA.pAt gA.dZi m«.lin.tAN]Dia marah tidak sudah-sudah pada Pak Arifin sebab mendapat pergerakkan gaji melintang.

Kembali ke atas