Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.le.ri] | ݢالري

Definisi : bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dsb: satu pameran telah diadakan di sebuah ~ seni dan sejarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galeri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Kami di Seksyen Pembangunan Perniagaan & Pemasaran, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) mempunyai sebuah ruang pameran produk usahawan IKS yang diberi nama Galeri SDSI. Kini, kami ingin menukar nama galeri berkenaan kepada GALERI USAHAWAN atau GALERIA USAHAWAN. Mohon nasihat bagi penggunaan perkataan yang betul GALERI atau GALERIA. Sekian, terima kasih

Sdr. Zalazfian,

Dalam Kamus Dewan hanya terdapat perkataan galeri yang membawa makna bangunan atau bilik tempat mempamerkan sesuatu hasil dan tidak pula terdapat perkataan galeria. Jadi kami mencadangkan perkataan galeri digunakan. GALERI USAHAWAN 

Makna31.05.2010
salam..galeri ade galeri untuk buat pameran ..mcm mane nk booking ye?Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Berkaitan hal tersebut tuan boleh menghubungi Bahagian Pentadbiran Am, Pegawai Bernama En. Abdul Rasyid Suleiman nombor telefon 03-2147 9797 atau En. Hamidi Baharom nombor telefon 03-2147 9080. Harap ia dapat membantu saudara. Sekian.Lain-lain16.04.2014
Tolong mengesahkan perkataan "GALERI PENGANTIN" adalah betul bagi papan iklan galeri pengantin saya. terima kasih.Perkataan GALERI PENGANTIN adalah betul. Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan iklan.Tatabahasa18.07.2013
Apakahperbezaan antara galeri, arkib dan muzium? Kalau sekolah hendak wujudkan bilik pameran untuk simpanan maklumat sekolah seperti majalah sekolah, piala, buku teks yang digunakan, bekas pengetua , guru dan lain-lain, itu adalah galeri kan? TerimakasihKamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan galeri sebagai bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dsb: satu pameran telah diadakan di sebuah ~ seni dan sejarah.

Arkib  pula ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah lama dan sebagainya yang dianggap penting. 2  tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yang lama.

Manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, meme­lihara, mengkaji, atau mempamerkan objek­objek yang mempunyai nilai sejarah, seni, sain­tifik, dan sebagainya.

Berdasarkan keterangan saudara, galeri lebih sesuai digunakan.
Tatabahasa30.04.2013
SELAMAT DATANG KE GALERI TIME TUNNELSELAMAT DATANG KE GALERI TIME TUNNEL
Mohon jelaskan soalan.
Lain-lain30.05.2013
Saya mencadangkan agar istilah GALLERY WALK diterjemahkan sebagai KEMBARA GALERI Cadangan oleh:CIK HAJAH HAMIDAH ABD HAMID MUNSYI DEWAN KOHORT 1 PENSYARAH KANAN, JABATAN BAHASA MELAYU IPG KAMPUS BAHASA MELAYU.Sila berikan maksud "Gallery Walk" supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Untuk makluman, padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan ialah Galeri Susur Minda atau Galeri Jelajah Minda.Penyemakan dan penterjemahan04.09.2015
Apakah perbezaan maksud antara "galeri" dengan "galeria"? (Merujuk kepada Galeria Sri Perdana, Kuala Lumpur.)Galeri ialah bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dsb., manakala galeria tiada dalam rujukan kami.Makna16.07.2007
Betulkah ayat ini: Menerusi galeri ini para pengunjung dapat hargai dengan lebih mendalam tentang perjuangan mereka.Ayat yang betul ialah, Galeri ini membolehkan para pengunjung menghargai perjuangan mereka dengan lebih mendalam.Lain-lain07.04.2023
Apakah terjemahan atau istilah terbaik untuk 'gallery walk'?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "gallery walk" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah galeri susur minda atau galeri jelajah minda.Istilah05.02.2014
Mohon dapatkan istilah bagi kata 'Gallery Walk' dalam bahas Melayu. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "gallery walk" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah "galeri susur minda" atau "galeri jelajah minda".Penyemakan dan penterjemahan18.03.2015
123

Kembali ke atas