Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.li] | ݢالي

Definisi : ; bergali Ph = menggali mengorek (kubur);menggali 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; galian bahan yg dikeluarkan dr tanah dgn menggali: tanah ini tidak mengandungi bijih atau ~ yg lain; bahan ~ hasil lombong; gali-galian bermacam-macam hasil lombong, bermacam-macam hasil tanaman yg digali; penggalian perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesan-kesan lama;penggali 1. orang yg menggali (membuat) lubang; 2. alat utk menggali (spt tembilang dll); diam ~ berkarat prb pengetahuan yg tidak dipakai akan hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.li] | ݢالي

Definisi : sj kapal yg digerakkan oleh dayung atau layar yg digunakan pd zaman dahulu atau pd zaman pertengahan sbg kapal perang atau kapal dagang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.li] | ݢالي

Definisi : ; menggali 1 mengorek tanah supaya berlubang utk membuat perigi dll: Sehari suntuk dia ~ perigi di belakang rumahnya. 2 mengambil sesuatu dr dlm tanah dgn membuat lubang: ~ ubi; ~ emas. galian sesuatu yg diperoleh dr bumi dgn digali: Negara kita kaya dgn hasil ~ spt bijih timah dan besi. gali-galian 1 berbagai-bagai hasil bumi yg diperoleh dgn dilombong. 2 berbagai-bagai jenis hasil tanaman yg diambil dgn digali (ubi dll). penggali 1 orang yg kerjanya menggali. 2 alat yg digunakan utk menggali lubang; tembilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gali

Puisi
 

Duduk tak duduk gali lubang,
     Asal gali lubang juga;
Duduk tak duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tutup lubang,
     gali lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
prospectorn pencari gali: an old gold ~, seorang pencari gali emas yg tua.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prospect~ for, mencari gali: the company is ~ing for nickel in the west part of the state, syarikat itu mencari gali nikel di bahagian barat negeri tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prospectvi explore or search for, mencari gali: he left his job and has gone off ~ing in the Northern Territory, dia telah berhenti kerja dan pergi mencari gali di Northern Territory;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rob~ Peter to pay Paul, gali lubang timbus lubang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spit 2 first, dig a hole two ~s deep, mula-mula gali lubang sedalam dua kali panjang penyodok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sinker n 1. one who sinks mine shaft, wells, etc, tukang /gali, korek/; 2. weight for sinking fishing line, net, batu ladung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strike 12. discover source of mineral etc, menjumpai, menemukan: after less than six months drilling, the company struck oil, tdk sampai enam bulan mencari gali, syarikat itu menjumpai minyak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
onshoreadj 1. (of wind) laut: ~ breeze, bayu laut; 2. happening on or near the shore, di darat: ~ exploration, cari gali di darat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
search in ~ of, (utk) mencari: he returned to Malaysia in ~ of a wife, dia pulang ke Malaysia utk mencari isteri; a party of prospectors in ~ of gold, sekumpulan pencari gali yg mencari emas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
explorationn act of, a. (travelling into or through a place) penjelajahan: space ~, penjelajahan angkasa lepas; b. (examining carefully) pemeriksaan teliti: the ~ of the problem of overpopulation, pemeriksaan teliti masalah penduduk yg berlebihan; c. (searching an area for mineral etc) penjelajahan; oil ~, cari gali minyak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas