Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.li] | ݢالي

Definisi : ; bergali Ph = menggali mengorek (kubur);menggali 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; galian bahan yg dikeluarkan dr tanah dgn menggali: tanah ini tidak mengandungi bijih atau ~ yg lain; bahan ~ hasil lombong; gali-galian bermacam-macam hasil lombong, bermacam-macam hasil tanaman yg digali; penggalian perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesan-kesan lama;penggali 1. orang yg menggali (membuat) lubang; 2. alat utk menggali (spt tembilang dll); diam ~ berkarat prb pengetahuan yg tidak dipakai akan hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.li] | ݢالي

Definisi : sj kapal yg digerakkan oleh dayung atau layar yg digunakan pd zaman dahulu atau pd zaman pertengahan sbg kapal perang atau kapal dagang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.li] | ݢالي

Definisi : ; menggali 1 mengorek tanah supaya berlubang utk membuat perigi dll: Sehari suntuk dia ~ perigi di belakang rumahnya. 2 mengambil sesuatu dr dlm tanah dgn membuat lubang: ~ ubi; ~ emas. galian sesuatu yg diperoleh dr bumi dgn digali: Negara kita kaya dgn hasil ~ spt bijih timah dan besi. gali-galian 1 berbagai-bagai hasil bumi yg diperoleh dgn dilombong. 2 berbagai-bagai jenis hasil tanaman yg diambil dgn digali (ubi dll). penggali 1 orang yg kerjanya menggali. 2 alat yg digunakan utk menggali lubang; tembilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gali

Puisi
 

Duduk tak duduk gali lubang,
     Asal gali lubang juga;
Duduk tak duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tutup lubang,
     gali lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berikan erti=caklempong,calang2,canai,canggung,cangkir,canting, capik,cari gali

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain17.04.2010
Salam sejahtera, Saya ingin mengetahui istilah BM yg sepadan dgn istilah bahasa inggeris " bioprospecting ". Sekian, terima kasih. CKDalam data PRPM tiada terjemahan yang sepadan dengan bioprospecting. Data kami hanya "prospecting" yang membawa maksud cari gali.

Ejaan17.01.2013
Selamat sejahtera... Papakah cara terbaik yang boleh digunakan untum engenalpasti kata majmuk rangkai bebas daripada kata majmuk istilah khusus?Kata majmuk yang merupakan rangkai kata bebas atau umum ialah jalan raya, pasar raya, bandar raya, tengah hari, sama ada, guru besar  dsb. manakala kata majmuk yang merupakan istilah khusus ialah telefon dial terus, cari gali, temu duga, segi tiga tepat dsb.Lain-lain28.08.2014
Salam hormat. Saya ingin bertanya. Apakah perbezaan antara bentuk kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas dengan kata majmuk yang berbentuk istilah khusus?

Saudara,

Kata majmuk yang merupakan rangkai kata bebas atau umum ialah jalan raya, pasar raya, bandar raya, tengah hari, sama ada, guru besar  dsb. manakala kata majmuk yang merupakan istilah khusus ialah telefon dial terus, cari gali, temu duga, segi tiga tepat dsb. 

Tatabahasa02.08.2010

Kembali ke atas