Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.li] | ݢالي

Definisi : ; bergali Ph = menggali mengorek (kubur);menggali 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; galian bahan yg dikeluarkan dr tanah dgn menggali: tanah ini tidak mengandungi bijih atau ~ yg lain; bahan ~ hasil lombong; gali-galian bermacam-macam hasil lombong, bermacam-macam hasil tanaman yg digali; penggalian perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesan-kesan lama;penggali 1. orang yg menggali (membuat) lubang; 2. alat utk menggali (spt tembilang dll); diam ~ berkarat prb pengetahuan yg tidak dipakai akan hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.li] | ݢالي

Definisi : sj kapal yg digerakkan oleh dayung atau layar yg digunakan pd zaman dahulu atau pd zaman pertengahan sbg kapal perang atau kapal dagang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.li] | ݢالي

Definisi : ; menggali 1 mengorek tanah supaya berlubang utk membuat perigi dll: Sehari suntuk dia ~ perigi di belakang rumahnya. 2 mengambil sesuatu dr dlm tanah dgn membuat lubang: ~ ubi; ~ emas. galian sesuatu yg diperoleh dr bumi dgn digali: Negara kita kaya dgn hasil ~ spt bijih timah dan besi. gali-galian 1 berbagai-bagai hasil bumi yg diperoleh dgn dilombong. 2 berbagai-bagai jenis hasil tanaman yg diambil dgn digali (ubi dll). penggali 1 orang yg kerjanya menggali. 2 alat yg digunakan utk menggali lubang; tembilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gali

Puisi
 

Duduk tak duduk gali lubang,
     Asal gali lubang juga;
Duduk tak duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tutup lubang,
     gali lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
balk/baulkbatas tanah asalArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahagian tanah yang ditinggalkan secara menegak antara dua petak gali cari dan di penjuru kawasan gali cari yang luas. Batas ini memberi maklumat rujukan yang jelas kepada lapisan stratigrafi, lapisan artifak dan lapisan budaya petak gali cari dibandingkan dengan stratigrafi pada petak bersebelahannya. Dalam gali cari yang menggunakan kaedah grid, 25 peratus daripada tapak mungkin terdiri daripada batas dan boleh memberi jawapan tentang masalah stratigrafi. Batas tanah asal dibekalkan atau dibuang bergantung kepada matlamat penyelidik. Batas ini juga digunakan untuk laluan berjalan atau mengangkut tanah.
emanation prospectingcari gali emanasiKejuruteraanTiadaKaedah mencari gali berdasarkan kandungan radon di udara yang terperangkap di dalam tanah.
qualifying prospecting expenditurebelanja cari gali layakPentadbiran PerniagaanTiadaPerbelanjaan ke atas kegiatan cari gali untuk tujuan potongan daripada pendapatan terkumpul.
explorationpenjelajahan; peninjauperiksaan; cari galiGeologiTiada2. Penjelajahan: Proses menjelajah ke sesuatu kawasan untuk tujuan tertentu.,3. Cari gali: Siri kerja yang dilakukan untuk mengesan kehadiran longgokan hidrokarbon sama ada minyak atau gas di dalam batuan.
eligible area (prospecting)kawasan layak (cari gali)Pentadbiran PerniagaanTiadaKawasan yang telah ditentukan untuk kegiatan cari gali.
excavationekskavasiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiProses mengumpul data dalam bidang arkeologi untuk memperoleh maklumat tentang masa lampau manusia. Aktiviti gali cari atau ekskavasi bermula dari permukaan tanah hingga ke bawah sehingga mencapai tahap lapisan tanah budaya asal. Gali cari sesebuah kawasan berskala kecil atau besar boleh menyebabkan kemusnahan bukti primer. Ahli arkeologi perlu berhati-hati semasa melakukan gali cari dan bertanggungjawab terhadap bukti yang akan musnah. Sebelum sesuatu kawasan diputuskan untuk digali cari, beberapa tahap pengesanan bawah tanah perlu dilakukan dengan menggunakan arus rintangan elektrik, survei permukaan tanah atau bawah tanah, dan foto udara. Sinonim gali cari.
artifactual classificationklasifikasi artifakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiProses mengelaskan artifak yang diperoleh sama ada melalui gali cari, jumpaan tidak sengaja, survei dan simpanan individu. Pengelasan ini melibatkan jenis dan bahagian artifak yang sama. Pengelasan artifak melalui kaedah jumpaan gali cari direkodkan berdasarkan kedalaman dan kedudukannya sementara pengelasan artifak melalui kaedah survei direkodkan berdasarkan jumlah dan jenis. Tujuan pengelasan ini adalah untuk memudahkan analisis corak, teknologi pembuatan, merekonstruksi artifak yang telah pecah dan menentukan zaman penggunaan artifak tersebut.
excavationgali cariArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat ekskavasi.
prospectingcari galiGeografiTiadaPencarian galian atau kejadian-kejadian lain yang mempunyai nilai ekonomi.
prospectingcari galiKimiaTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas