Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.lian] | ݢالين

Definisi : bahan yg dikeluarkan dr tanah dgn menggali: tanah ini tidak mengandungi bijih atau ~ yg lain; bahan ~ hasil lombong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.lian] | ݢالين

Definisi : sesuatu yg diperoleh dr bumi dgn digali: Negara kita kaya dgn hasil ~ spt bijih timah dan besi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

1.  Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam.

2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya.

Tatabahasa17.02.2011
apakah makna "lazuardi"Lazuardi memberikan dua definisi yang berbeza. Pertama, sj galian berwarna biru tua yang terdiri terutama drp lazurit dan digunakan sebagai batu permata dan bahan cat. Kedua, warna biru tua seperti lazuardi. T. kasih. Makna12.07.2008
Ejaan Hartanah atau Harta Tanah?Harta tanah bermaksud (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yang terdapat di atasnya (seperti bangunan, tanaman, balak, atau galian);
Hartanah juga bermaksud harta tanah.
 

Oleh itu, kedua-dua perkataan hartanah dan harta tanah ini diterima dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://prpm.dbp.gov.my
Lain-lain08.08.2022
Assalamualaikum.... 1. Apakah maksud 'tawas' secara terperinci? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya. 2. Apakah maksud 'ekahala'? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya.Tawas ialah sejenis garam galian berwarna putih serta kelat rasanya, manakala ekahala bermaksud mempunyai atau mengikut satu hala sahaja.Makna16.01.2010
assalamualaikum w.b.t Mohon kepastian bagi tujuan gelaran untuk surat rasmi; adakah gelar pada permulaan surat tersebut digunapakai bagi merujuk kepada penama yang dialamatkan i.e Pengarah Jabatan (Dato') atau kepada pegawai yang bertanggungjawab (Encik/Puan)?Pada kelazimannya sapaan dalam surat berdasarkan penerimanya. Contohnya, penerima YBhg. Dato' Ali bin Ahmad, Pengarah Tanah dan Galian …, maka sapaan dalam surat hendaklah mengikut gelarannya, manakala sekiranya surat dialamatkan kepada Pejabat Tanah dan Galian, … 25990 Kuantan, Pahang. (u.p.: Encik Jasni bin Abas), maka sapaan surat hendaklah berdasarkan penerimanya, iaitu Encik Jasni bin Abas. Dalam contoh yang kedua, hanya untuk perhatian yang diberikan nama.Tatabahasa14.04.2021
Salam, Apakah kata sendi nama yang paling tepat bagi ayat berikut: 1. Kedua-duanya ialah air yang turun dari langit tetapi menjadi beku di udara kerana terlalu sejuk, lalu jatuh ke bumi dalam keadaan beku. 2. Air mineral, iaitu air yang terbit daripada tanah yang suci, walaupun bercampur dengan tanah atau galian lain. Apakah kata sendi nama yg tepat bagi kedua-dua ayat di atas? Sekian, terima kasih.Penggunaan Kata Sendi Nama pada ayat tersebut adalah betul. Tatabahasa30.11.2021
Assalamualaikum.Saya Nadia berasal daripada Johor Bahru. Saya disini berasa mushkil dengan perkataan 'pernyataan'. Saya ada diberi teguran oleh salah seorang pakar bahasa bahawa ejaan yang sebenarnya adalah 'penyataan'.Adakah itu benar?Jika benar, saya ingin memohon pertolongan daripada pihak anda untuk menjelaskan perkara tersebut dengan lebih terperinci.Terima kasih.

Adik Faridatun Nadia terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengikut kamus Dewan Pernyataan bermakna -1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ kepercayaan dan pengetahuan tentang bercucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama;

manakala penyataan bermakna -perbuatan menyatakan (melahirkan dll): kesusasteraan bukanlah lahir drpd kekosongan, tetapi adalah ~ drpd pergolakan dan perkembangan masyarakat;

Makna03.08.2009
Apakah maksud " perniagaan huluan dan perniagaan hiliran"? Contoh ayat: membantu mewujudkan industri sokongan dan sampingan dengan membangunkan perniagaan huluan dan perniagaan hiliran
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan "hiliran" bermaksud industri, projek, aktiviti dan sebagainya yang berkembang daripada kegiatan utama. Oleh itu, "perniagaan hiliran" merupakan aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada sesebuah perniagaan yang lain, contohnya pembuatan kereta telah mewujudkan perniagaan hiliran, iaitu servis dan penjualan kereta.

Perkataan "huluan" pula bermaksud industri, projek dan sebagainya yang mula-mula diusahakan, dilaksanakan dan sebagainya sebelum sesuatu kegiatan utama. Oleh itu, "perniagaan huluan" merupakan perniagaan teras yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi. Perniagaan ini biasanya melibatkan aktiviti perniagaan yang berasaskan semula jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain-lain.
Makna31.12.2021

Kembali ke atas