Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.lur] | ݢالور

Definisi : alur; susur-~ salasilah, asal usul;bergalur-galur beralur-alur, berjalur-jalur; menggalur mencari punca atau asal: makna yg boleh digalur drpd falsafah mistik dlm Islam;menggalur-galur memeriksa, mengusut (hingga kpd asalnya); menggalurkan menguraikan sampai kpd asalnya;penggaluran perihal menggalurkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.lur] | ݢالور

Definisi : lekuk yg kecil tetapi panjang. bergalur mempunyai galur; berlekuk kecil yg memanjang. bergalur-galur mempunyai atau terdapat lekuk-lekuk yg kecil memanjang; bergaris-garis panjang. menggalur-galur menyelidik atau memeriksa asal usul sesuatu peristiwa dll. menggalurkan menerangkan atau menghuraikan sesuatu perkara dll dr mula hingga akhir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi "Line of succession to the Bruneian throne"? Garis atau galur pewarisan takhta Brunei?Salam sejahtera,

Cadangan SUSUR GALUR PEWARISAN TAKHTA BRUNEI

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan27.11.2017
makna perkataan konstruk berkaitan novel rentong.dan boleh bagi contohnya tak.satu lagi makna susur galur nak tahu makna dan contoh penggunaannyaKonstruk ialah kumpulan idea atau gagasan idea yang terdapat dalam sesebuah novel. Saudara perlu merujuk novel berkenaan atau mendapatkan buku ulasan mengenai novel tersebut. Susur galur bermaksud susunan keturunan atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa itu.Sastera27.04.2012
Saya melakukan kajian mengenai novel Rentak Galur karya Sarimah Othman dan novel Epilog Sekeping Hati karya Nurul Salwa Abdul Muluk.Jadi saya ingin menghubungi kedua-dua pengarang tersebut.Oleh itu, saya ingin meminta maklumat mengenai kedua-dua pengarang sekiranya DBP mempunyai maklumat mengenai mereka.Terima kasih.

Maklumat dua (2) orang penulis yang dipohon adalah seperti yang berikut:

1) Novel: Rentak Galur

Nama penulis: Sarimah Othman

Alamat: 52, Jalan SS 5/1, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 016-7634207 atau 04-5308760 (Rumah di P/Pinang).

No. E-mel: im-othman@yahoo.com

 

2) Novel: Epilog Sekeping Hati

Nama penulis: Nurul Salwa Abdul Muluk

Alamat: 24, Jalan SG 9/1, Taman Sri Gombak, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 012-2507498

No. E-mel: gurl_wawa@yahoo.com 

 

Lain-lain28.05.2008
Siti Nabilah Zainol Mar 26th, 6:41pm Assalamualaikum, buku Susur Galur Bahasa Melayu - Asmah Hj Omar & Nahu Melayu Mutakhir - Asmah Hj Omar ada stok lagi ke?Puan boleh mendapatkan buku terbitan DBP di pasaran dengan melawati laman http://niaga.dbp.my atau alamdbp.myshopify.com atau http://lazada.com.my atau fb DBPNiaga. Selain itu, puan juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas menerusi panggilan telefon 03-41012328 sekiranya ingin mengetahui tentang stok buku atau sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih.Lain-lain26.03.2015
maksud salasilah & keluarga

Salasilah keluarga bermaksud daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan).

Makna24.03.2010
Salam. Mohon pandangan tuan berkaitan penggunaan gelaran Encik kepada mereka yang yang mempunyai susur galur keturunan bangsawan, namun tidak lagi mempunyai sebarang pangkat gelaran istana. Sebagai contoh Encik Raja atau Encik Tengku bagi mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan biasa bukan pegawai tinggi di dalam sesuatu pentadbiran. Sekian, terima kasih.
Salam tuan budiman,

Untuk golongan bangsawan atau kerabat, sapaan hormatnya, ialah  Yang Mulia (YM), walaupun tiada pangkat. Asalkan nama hadapannya ada raja, tengku, ku.

Sebagai contoh Yang Mulia Raja atau Yang Mulia Tengku.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.09.2019
Assalammualaikum en. Soalan saya: 1. Apakah pengganti yang sesuai untuk ayat " Memori Korporat" 2. Adakah "Susur Galur Korporat" mempunyai makna yang sama dengan "Memori Korporat"? 2. Apakah term yang sesuai yang boleh digunapakai untuk menggantikan "korporat?" Terima kasih EncikMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud korporat ialah berkaitan dengan syarikat atau per­badanan. Jika ingin menukar perkataan korporat, cadangan daripada pihak kami tuan boleh menggunakan perkataan syarikat.Istilah13.06.2019
saya ingin tahu perkataan melayu asal ada berapa dan apakah perkataan itu?Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lenjut berkaitan soalan ini, saudara boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan dan juga Buku Susur Galur Bahasa Melayu tulisan Asmah Ahji Omar. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain21.12.2006
Salam. Saya ingin tahu apa perbezaan antara salasiah dan salasilah. Dan diharap pihak tuan dapat mengejakan perkataan salasiah sekiranya ada dalam bahasa jawi.

salasilah  Ar daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan);

salasiah () dalam bahasa Arab bermaksud: kelembutan, senang.

Makna05.11.2009
Peranan dan fungsi bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaanFungsi utama sebagai alat/lambang perpaduan negara, menjadi lambang identiti negara, wahana penyatuan warganegara Malaysia, wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) dalam situasi rasmi. untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Omar)Lain-lain02.10.2006
123

Kembali ke atas