Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ma] | ݢاما

Definisi : huruf ketiga dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol G, g. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gama


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gamma decaypereputan gamaFizikAtom dan NuklearPeralihan kuantum antara dua paras tenaga nukleus dengan memancarkan sinaran gama. Contohnya, natrium-24 mereput kepada magnesium-24 dengan memancarkan sinaran gama. Sinonim pemancaran sinar gama.
absolute gamma-raysinar gama mutlakKejuruteraanPetroleumNilai bilangan sinar gama yang diperoleh daripada perbezaan secara mutlak antara bacaan sinar gama yang diberikan oleh garis asas syal dengan bacaan sinar gama yang diberikan oleh garis asas pasir. Nilai ini biasanya didapatkan daripada log sinar gama.
gama particlezarah gamaBiologiMikologiStruktur kecil yang terikat pada membran zoospora beberapa jenis kulat, misalnya Blastocladiella emersonii.
gamma-ray detectorpengesan sinar gamaKejuruteraanPetroleumPeranti yang peka terhadap kehadiran partikel-partikel gama sehingga boleh digunakan untuk mengukur jumlah partikel-partikel gama yang dibebaskan oleh unsur-unsur radioaktif tertentu. Dengan demikian, peranti ini digunakan untuk mengesan sinar gama yang dikeluarkan oleh unsur-unsur radioaktif yang terdapat di dalam batuan. Dalam penggunaannya, peranti ini boleh digunakan bersendirian atau boleh juga dipasang di dalam sonde.
absolute gamma-raysinar gama mutlakKejuruteraanTiadaPerbezaan mutlak antara sinar gama yang dihasilkan oleh garis asas syal dengan sinar gama garis asas pasir.
gamma radiographyradiografi gamaTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik radiografi industri yang menggunakan sinar gama sebagai punca sinaran. Contoh punca sinar gama ialah Iridium-192, Kobalt-60 dan Selenium-75.
gamma ray loglog sinar gamaKejuruteraanPetroleumCarta berbentuk graf tentang nilai keamatan sinar gama semula jadi yang dipancarkan oleh formasi, yang didapatkan daripada pengelogan sinar gama. Unit keamatan dinyatakan dalam unit API dan nilai ini diplot terhadap kedalaman. Dalam set log-log telaga yang lazim, log ini dirakamkan dalam lajur yang paling kiri sekali. Log ini adalah satu daripada loga keradioaktifan dan digunakan terutamanya untuk penentuan litologi.
gamma-ray absorptionpenyerapan sinar gamaKejuruteraanPetroleumProses kemasukan atau perpindahan tenaga serta zat sinar gama (foton) ke dalam zarah nukleus atom yang dilanggar semasa terjadi perlanggaran tak anjal antara foton dengan zarah nukleus atom. Zarah nukleus atom yang dimaksudkan ialah elektron yang terdapat dalam orbit atau elektron yang wujud dalam binaan struktur atom unsur yang berkenaan. Bergantung pada tingkat tenaga yang dimiliki oleh sinar gama tuju, sinar gama boleh terserap sepenuhnya jika tenaganya rendah atau terserap sebahagiannya sahaja jika tenaganya tinggi. Rujuk : kesan fotoelektrik; penyerakan Compton; pengeluaran pasangan.
absorption of gamma rayspenyerapan sinar gamaFizikAtom dan NuklearPenangkapan sinar gama oleh bahan yang biasanya mempunyai nombor atom yang tinggi seperti plumbum. Tenaga yang hilang akibat penyerapan foton ini biasanya menghasilkan elektron sekunder berhalaju tinggi. Jika sinar gama ini bertenaga tinggi sinar gamma mampu bertindak dengan nukleus atom.
natural gamma raysinar gama semula jadiKejuruteraanPetroleumSinar gama yang dipancarkan secara spontan oleh unsur radioaktif yang wujud dalam alam secara semula jadi kerana setengah-setengah unsur radioaktif banyak wujud dalam formasi, terutama formasi yang mengandungi butiran-butiran yang halus seperti syal. Sinar gama itu antaranya berpunca daripada unsur radio isotop kalium (K 40) atau berkemungkinan daripada unsur uranium dan torium.
12345678910...

Kembali ke atas