Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.mang] | ݢامڠ

Definisi : 1. takut melihat ke bawah dr tempat yg tinggi, gayat: sungguh ~lah ketika melihat jurang yg amat dalam itu; 2. = tergamang berasa sepi: ia ~ sepeninggalan ibunya;penggamang orang yg lekas gamang, penggayat; orang ~ mati jatuh, orang pendingin mati hanyut prb Mn orang yg takut-takut tidak akan mencapai kehendaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mang] | ݢامڠ

Definisi : 1 berasa tidak tetap hati, berasa bimbang atau ragu-ragu; berasa kekok: Ia ~ ketika bertikam-tikaman itu. 2 berasa takut atau ngeri kerana melihat ke bawah dr tempat yg tinggi; gayat: Semasa mula-mula saya naik kapal terbang dahulu, ~ juga rasanya, tetapi sekarang biasa saja. 3 berasa sunyi atau lengang: Sejak kematian ibunya, dia pun ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gamang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin tahu apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan takut apabila melihat pokok-pokok yang tinggi di dalam hutan. Bolehkah perkataan 'gayat' digunakan untuk menggambarkan perasaan itu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gayat bermaksud takut untuk melihat sesuatu dari atas ke bawah. Tetapi, dalam kes ayat yang saya berikan, perasaan takut itu datang apabila melihat sesuatu yang besar dan tinggi dari bawah. Bolah saudara@saudari jelaskan? Terima kasih.Tuan/puan boleh menggunakan perkataan "gerun" bagi mengambarkan keadaan di atas. Gerun membawa maksud takut, ngeri, gamang: dia gerun dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~.Istilah23.05.2013

Kembali ke atas