Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.mat] | ݢامت

Definisi : bising, riuh-rendah: Dewan Rakyat ~ dgn gelak ketawa hari ini;menggamatkan menyebabkan gamat pd telinga, membisingkan, memekakkan: pekik sorak ~ suasana;kegamatan keadaan gamat, kebisingan: ~ kelas reda secara mendadak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mat] | ݢامت

Definisi : sj binatang laut spt teripang tetapi lebih pendek dan lebih kurus (biasanya hidup di celah-celah atau di bawah batu, dan digunakan utk mengubati penyakit luka dalam akibat jatuh, bersalin, dsb), Holothuria spp.; air ~ air drpd gamat yg diawetkan; ibu ~ gamat yg diawet atau disimpan sehingga menjadi kecut dan mengeluarkan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mat] | ݢامت

Definisi : ark; bergamat berlagu, bernyanyi;menggamat; ~ lagu melagukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mat] | ݢامت

Definisi : penuh dgn bermacam-macam bunyi; riuh-rendah; bising: Dewan Rakyat telah ~ dgn gelak ketawa pagi tadi. menggamatkan menjadikan gamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gamat

Puisi
 

Cik Gamat menikam gamat,
     Bunga melur kembang sekaki;
Biar lambat asal selamat,
     Dalam telur boleh kunanti.


Lihat selanjutnya...(6)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gamat muncul di Perlis AhadRozdan MazalanBerita Harian21.12.2007
Teater Gamat perlu RM1jNorhayati NordinHarian Metro24.06.2009
Dewan Bahasa gamat dengan "perkhidmatan bibir"TiadaUtusan Melayu10.12.1984
Pasar Budaya gamat dengan muzik pribumiWan Ruziana RamliBacaria17.08.1994
Mesyuarat penuh MPPJ gamat dengan soal bahasaTiadaUtusan Malaysia01.12.1993
Majlis malam puisi gamatSeri Intan OthmanBerita Harian17.09.1993
Badrul mula buat gamatZuhri KamarzamanHarian Metro29.08.1995
Pancing undi Pyanhabib gamatMohd. Ali OthmanMingguan Tempo07.11.1993
Dunia sastera 2000 gamatSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)23.12.2001
Malam Puisi Malaysia lll gamatTiadaBacaria28.09.1994
12

Kembali ke atas