Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bising, riuh-rendah: Dewan Rakyat ~ dgn gelak ketawa hari ini;menggamatkan menyebabkan gamat pd telinga, membisingkan, memekakkan: pekik sorak ~ suasana;kegamatan keadaan gamat, kebisingan: ~ kelas reda secara mendadak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gamat I

Puisi
 

Cik Gamat menikam gamat,
     Bunga melur kembang sekaki;
Biar lambat asal selamat,
     Dalam telur boleh kunanti.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERIPANG

Teripang ialah nama komersial bagi spesies

tertentu haiwan laut yang telah dikeringkan yang

dinamakan gamat atau timun laut (lihat Gamat ).

Teripang juga dinamakan <i> bêche-de-mer i> . Ia

digunakan sebagai makanan di Timur Jauh. Gamat

mempunyai badan yang lembut bak cacing.

Panjangnya berbeza-beza dari beberapa sentimeter

hingga kira-kira 60 sentimeter. Untuk menyediakan

spesies yang boleh dimakan, bahagian dalam

dibuang dan badannya direbus. Kemudian ia

direndam dalam air segar dan disalai atau dijemur

dalam panas matahari. Ia menghasilkan bahan bak

getah yang digunakan untuk memekatkan dan

memperasa sup.

Pusat utama industri teripang ialah Ujung

Pandang, sebuah pelabuhan di Sulawesi,

Indonesia. California di Amerika Syarikat juga

mempunyai industri teripang.

UMUM 
GAMAT UMUM 

Kembali ke atas