Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gam.bar] | ݢمبر

Definisi : 1. lukisan, foto; tukang (pandai) ~ orang yg kerjanya mengambil gambar, jurugambar; kantur ~ Id pejabat tempat membuat gambar peta; 2. tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera, foto; 3. sl patung; ~ angan-angan gambar yg dikhayalkan; ~ bagan gambar yg dibuat dgn garis-garis dan menunjukkan bahagian penting sahaja, lakar; ~ bumi peta bumi; ~ cermin Id bayangan pd cermin; ~ denah gambar bagan; ~ ejekan (sindiran) gambar orang yg dibuat ganjil dgn sengaja sbg sindiran; ~ hidup = wayang ~ = komidi ~ wayang gelap, gambar bergerak yg ditayangkan; ~ mati = ~ sorot wayang gelap yg tidak bergerak; ~ sisip = ~ selit kepingan lut sinar yg diberi bergambar utk ditayangkan pd tirai; ~ tempel Id a) gambar yg dilekatkan pd kertas (kad, kain, dll); b) gambar iklan yg dilekatkan pd tembok dll; ~ timbul gambar yg dibuat timbul pd batu dll;bergambar 1. mempunyai gambar, dihiasi dgn gambar: buku bacaan ~; kad ~; 2. mengambil gambar dgn kamera: para pelancong ~ di depan bangunan Parlimen;menggambar melukis (membuat) gambar: ia suka ~ pemandangan;menggambari memberi bergambar, menghiasi dgn gambar: kertas minyak digambari rangka-rangka bangunan;menggambarkan 1. membuat gambar utk: guru ~ muridnya seekor singa; 2. melukiskan, membayangkan: lukisan ini ~ penderitaan rakyat yg miskin; dapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pd hari itu bersuka ria; 3. mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dsb: pepatah ini ~ satu hakikat yg tidak boleh dinafikan dlm kehidupan sehari-hari; tergambar terbayang, terlukis: dlm fikirannya ~ wajah anak muda itu;gambaran 1. gambar, lukisan; 2. kisah (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dsb; penggambaran 1. perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dll); 2. kegiatan (perbuatan, usaha, dsb) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dsb;penggambar orang yg menggambarkan, pelukis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gam.bar] | ݢمبر

Definisi : 1 sesuatu yg dibuat menyerupai sesuatu yg lain dgn melukis; hasil drpd melukis; lukisan: Cantik sungguh ~ ini, siapa yg melukisnya? 2 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera: Mereka mengambil ~ ketika melawat ke Desa Ru. 3 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn mengukir; patung. bergambar 1 ada gambarnya; dihias dgn gambar; buku ~; majalah ~. 2 dibuat gambarnya dgn menggunakan kamera; mengambil gambar: Sebelum bermain, kedua-dua pasukan itu telah ~ dahulu. menggambar membuat gambar; melukis gambar: Dia pandai sekali ~ orang. menggambarkan 1 membuat gambar utk: Amin ~ adiknya seekor harimau. 2 melukis supaya menyerupai sesuatu: Ali ~ Ahmad berpakaian tentera laut. 3 menjadikan dpt diketahui atau dpt dibayangkan dlm fikiran; membayangkan: Lukisan ini ~ penderitaan rakyat di kawasan luar bandar. tergambar digambarkan atau dibayangkan: Apakah pengajaran yg anda dpt drpd peristiwa yg ~ dlm syair itu? gambaran 1 hasil drpd menggambar; lukisan. 2 apa-apa yg dpt dibayangkan drpd sesuatu cerita dll; bayangan atau tanggapan yg didapat drpd sesuatu cerita dll: Kedua-dua buku ini memberikan ~ yg terang ttg negara kita dlm kurun kesembilan belas. penggambaran perbuatan (usaha, kegiatan dll) membuat gambar dgn menggunakan kamera dll utk tayangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambar

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Disulam gambar dengan benang;
Hati ingin pulang ke kampung,
     Luasnya laut tidak terenang.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
steamy 2. (fig.) memberahikan, mengghairahkan: ~ pictures, gambar-gambar yg mengghairahkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unhungadj not hung, tdk digantung: ~ pictures stacked in the corner, gambar-gambar yg tdk digantung disusun di sudut itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
close-upn 1. gambar yg diambil dr dekat: she looks beautiful in the ~s, dia kelihatan cantik dlm gambar-gambar yg diambil dr dekat; 2. (fig.) huraian yg mendalam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
giganticadj /sangat, amat/ besar, raksasa: ~ posters of the President lined the streets, gambar-gambar raksasa Presiden itu terdapat di sepanjang jalan-jalan raya; a ~ wave, ombak yg sangat besar; a ~ increase in expenditure, pertambahan perbelanjaan yg amat besar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
filmn 1. a. movie, filem; (colloq) wayang; (dated) wayang gambar, gambar hidup; b. documentary, filem (rencana, dokumentari); 2. light-sensitive material, filem: a roll of ~, segulung filem; 3. art, business of film-making, perfileman: the ~ industry, industri perfileman; the age of ~, zaman perfileman; ~ world, dunia perfileman; (work) in ~s, (bekerja) dlm /dunia, industri/ perfileman; 4. thin layer, saput, lapisan; (of tears) genangan: a ~ of oil on the water, lapisan minyak di permukaan air; the first thing she noticed was the ~ of dust on the furniture, yg mula-mula dilihatnya ialah saput habuk pd perabot;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
smut 2. (colloq) indecent vulgarity, approp n + kotor: the book is full of ~, buku itu penuh dgn gambar-gambar kotor; 3. fungus which attacks grasses and grains, smut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sharp3. well-defined, clear, (lit. & fig.) jelas: the pictures were so ~ you could see every detail, gambar-gambar itu begitu jelas sehingga kita boleh melihat setiap butiran; we should make a ~ distinction between democracy and liberalism, kita harus membuat perbezaan yg jelas antara demokrasi dan liberalisme;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
saintn 1. canonized person, santo; (specif of woman) santa: pictures of ~s line the gallery, gambar-gambar santo diletakkan di sepanjang galeri itu; S~ James, Santo James; S~ Mary, Santa Mary;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
safarin safari; on ~, dlm safari: he took those pictures when he was on ~ in Kenya, dia mengambil gambar-gambar itu semasa dia dlm safari di Kenya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appraisingadj; cast an ~ eye, mengamat-amati: he cast an ~ eye over the pictures on display, dia mengamat-amati gambar-gambar yg dipamerkan; give so. an ~ look, mengamat-amati sso; under the ~ stare of so., diamat-amati oleh sso: she began to feel uncomfortable under the ~ stare of the principal, dia mula berasa gelisah apabila diamat-amati oleh guru besar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas