Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gam.bar] | ݢمبر

Definisi : 1. lukisan, foto; tukang (pandai) ~ orang yg kerjanya mengambil gambar, jurugambar; kantur ~ Id pejabat tempat membuat gambar peta; 2. tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera, foto; 3. sl patung; ~ angan-angan gambar yg dikhayalkan; ~ bagan gambar yg dibuat dgn garis-garis dan menunjukkan bahagian penting sahaja, lakar; ~ bumi peta bumi; ~ cermin Id bayangan pd cermin; ~ denah gambar bagan; ~ ejekan (sindiran) gambar orang yg dibuat ganjil dgn sengaja sbg sindiran; ~ hidup = wayang ~ = komidi ~ wayang gelap, gambar bergerak yg ditayangkan; ~ mati = ~ sorot wayang gelap yg tidak bergerak; ~ sisip = ~ selit kepingan lut sinar yg diberi bergambar utk ditayangkan pd tirai; ~ tempel Id a) gambar yg dilekatkan pd kertas (kad, kain, dll); b) gambar iklan yg dilekatkan pd tembok dll; ~ timbul gambar yg dibuat timbul pd batu dll;bergambar 1. mempunyai gambar, dihiasi dgn gambar: buku bacaan ~; kad ~; 2. mengambil gambar dgn kamera: para pelancong ~ di depan bangunan Parlimen;menggambar melukis (membuat) gambar: ia suka ~ pemandangan;menggambari memberi bergambar, menghiasi dgn gambar: kertas minyak digambari rangka-rangka bangunan;menggambarkan 1. membuat gambar utk: guru ~ muridnya seekor singa; 2. melukiskan, membayangkan: lukisan ini ~ penderitaan rakyat yg miskin; dapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pd hari itu bersuka ria; 3. mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dsb: pepatah ini ~ satu hakikat yg tidak boleh dinafikan dlm kehidupan sehari-hari; tergambar terbayang, terlukis: dlm fikirannya ~ wajah anak muda itu;gambaran 1. gambar, lukisan; 2. kisah (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dsb; penggambaran 1. perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dll); 2. kegiatan (perbuatan, usaha, dsb) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dsb;penggambar orang yg menggambarkan, pelukis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gam.bar] | ݢمبر

Definisi : 1 sesuatu yg dibuat menyerupai sesuatu yg lain dgn melukis; hasil drpd melukis; lukisan: Cantik sungguh ~ ini, siapa yg melukisnya? 2 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera: Mereka mengambil ~ ketika melawat ke Desa Ru. 3 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn mengukir; patung. bergambar 1 ada gambarnya; dihias dgn gambar; buku ~; majalah ~. 2 dibuat gambarnya dgn menggunakan kamera; mengambil gambar: Sebelum bermain, kedua-dua pasukan itu telah ~ dahulu. menggambar membuat gambar; melukis gambar: Dia pandai sekali ~ orang. menggambarkan 1 membuat gambar utk: Amin ~ adiknya seekor harimau. 2 melukis supaya menyerupai sesuatu: Ali ~ Ahmad berpakaian tentera laut. 3 menjadikan dpt diketahui atau dpt dibayangkan dlm fikiran; membayangkan: Lukisan ini ~ penderitaan rakyat di kawasan luar bandar. tergambar digambarkan atau dibayangkan: Apakah pengajaran yg anda dpt drpd peristiwa yg ~ dlm syair itu? gambaran 1 hasil drpd menggambar; lukisan. 2 apa-apa yg dpt dibayangkan drpd sesuatu cerita dll; bayangan atau tanggapan yg didapat drpd sesuatu cerita dll: Kedua-dua buku ini memberikan ~ yg terang ttg negara kita dlm kurun kesembilan belas. penggambaran perbuatan (usaha, kegiatan dll) membuat gambar dgn menggunakan kamera dll utk tayangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambar

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Disulam gambar dengan benang;
Hati ingin pulang ke kampung,
     Luasnya laut tidak terenang.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan. Soalan saya adakah gambar-gambar screenshot dari sesebuah perisian komputer yang saya ambil sendiri dilindungi hak cipta juga dan perlukah saya mendapat izin pemilik perisian untuk menyiarkan gambar-gambar tersebut dalam sesebuah karya? Terima kasih.Waalaikumsalam,
Berkaitan dengan hak cipta karya, tuan boleh hubungi Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur melalui talian 03-21479521 atau 03-21479522. Terima kasih.
Lain-lain21.08.2014
Salam sejahtera. Frasa-frasa yang berikut betul? Merakam gambar, merakamkan gambar, menangkap gambar, dan mengambil gambar. Terima kasih.Merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa13.01.2013
1. menangkap gambar/ mengambil gambar/merakam gambarYang betul ialah merakam gambar, walau bagaimanapun menangkap gambar lazim digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa20.07.2010
1.KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR ITU SUNGGUH MENARIK. AYAT INI BETUL ATAU SALAH? 2.SEMUA KANAK-KANAK DIMINTA BERATUR DI KAKI LIMA. AYAT INI BETUL ATAU SALAH? TERIMA KASIH!Ayat yang gramatis ialah:
1. Koleksi gambar itu sungguh menarik.
2. Kanak-kanak diminta beratur di kali lima.
Tatabahasa03.06.2015
soalan merakam gambar, mengambil gambar dan menangkap gambar. Manakah antara berikut yang paling tepat digunakan apabila hendak membina ayat. apakah perbezaan ketiga-tiga perkataan tersebutMerakam gambar dan mengambil gambar adalah betul dan boleh digunakan dalam ayat. Walau bagaimanapun, menangkap gambar tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa14.05.2012
penggunaan bahasa yang betul bg ayat @ perbuatan berikut: i) "cuci gambar" @ "basuh gambar" di kedai gambar?

Saudara Nur Amalina,

Frasa yang lazim digunakan ialah cuci gambar atau memproses gambar 

Tatabahasa24.03.2010
Saya ada kemuskilan mengenai apakah yang sesuai untuk merakam gambar. Adakah merakam gambar itu betul atau tangkap gambar itu betul atau mengambil gambar itu betul?Istilah yang betul ialah merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar dan mengambil  tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa24.09.2013
Tuan, saya difahami bahawa tidak boleh muncul dua perkataan kata ganda dalam satu ayat kerana telah membawa maksud jamak : contoh - berbagai-bagai jenis kuih-muih - salah. kerana berbagai-bagai bermaksud beraneka jenis, kuih-muih bermaksud : banyak kuih. Dalam pada ini, saya ingin bertanya ayat ini: Aminah menggantung gambar-gambar tokoh-tokoh negara pada dinding. Ayat ini adakah betul? Dalam ayat ini, saya ingin mengatakan bahawa Aminah menggantung gambar beberapa orang tokoh negara, dan gambar bagi setiap tokoh negara melebihi satu keping. Oleh itu, frasa ini : gambar-gambar tokoh-tokoh negara, adakah betul? Harap pencerahan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

Ayat yang betul ialah Aminah menggantung gambar-gambar tokoh negara pada dinding atau Aminah menggantung gambar tokoh-tokoh negara pada dinding.

Tatabahasa31.10.2021
maksud austrik dan filem.Menurut data kami, perkataan filem ialah 1 benda tipis yang dibuat daripada seluloid dan dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yang memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dalam bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha untuk ~ kisah itu. perfileman segala hal tentang filem: masalah ~. Tiada maklumat berkaitan dengan perkataan austrik dalam data kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=filem&d=1Makna24.12.2015
Shalom, ingin tanya tentang penggunaan yang mana betul? "di kalangan" atau "dalam kalangan. Saya juga menyertakan gambar-gambar tentang penjelasan perkataan ini yang tidak konsisten. Sila rujuk PRPM dalam ruangan KNDBP dan Kamus Dewan Edisi 4Jawapan yang betul bagi pertanyaan tersebut ialah "dalam kalangan".Tatabahasa27.03.2018
12345678910...

Kembali ke atas