Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gam.bar] | ݢمبر

Definisi : 1. lukisan, foto; tukang (pandai) ~ orang yg kerjanya mengambil gambar, jurugambar; kantur ~ Id pejabat tempat membuat gambar peta; 2. tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera, foto; 3. sl patung; ~ angan-angan gambar yg dikhayalkan; ~ bagan gambar yg dibuat dgn garis-garis dan menunjukkan bahagian penting sahaja, lakar; ~ bumi peta bumi; ~ cermin Id bayangan pd cermin; ~ denah gambar bagan; ~ ejekan (sindiran) gambar orang yg dibuat ganjil dgn sengaja sbg sindiran; ~ hidup = wayang ~ = komidi ~ wayang gelap, gambar bergerak yg ditayangkan; ~ mati = ~ sorot wayang gelap yg tidak bergerak; ~ sisip = ~ selit kepingan lut sinar yg diberi bergambar utk ditayangkan pd tirai; ~ tempel Id a) gambar yg dilekatkan pd kertas (kad, kain, dll); b) gambar iklan yg dilekatkan pd tembok dll; ~ timbul gambar yg dibuat timbul pd batu dll;bergambar 1. mempunyai gambar, dihiasi dgn gambar: buku bacaan ~; kad ~; 2. mengambil gambar dgn kamera: para pelancong ~ di depan bangunan Parlimen;menggambar melukis (membuat) gambar: ia suka ~ pemandangan;menggambari memberi bergambar, menghiasi dgn gambar: kertas minyak digambari rangka-rangka bangunan;menggambarkan 1. membuat gambar utk: guru ~ muridnya seekor singa; 2. melukiskan, membayangkan: lukisan ini ~ penderitaan rakyat yg miskin; dapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pd hari itu bersuka ria; 3. mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dsb: pepatah ini ~ satu hakikat yg tidak boleh dinafikan dlm kehidupan sehari-hari; tergambar terbayang, terlukis: dlm fikirannya ~ wajah anak muda itu;gambaran 1. gambar, lukisan; 2. kisah (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dsb; penggambaran 1. perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dll); 2. kegiatan (perbuatan, usaha, dsb) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dsb;penggambar orang yg menggambarkan, pelukis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gam.bar] | ݢمبر

Definisi : 1 sesuatu yg dibuat menyerupai sesuatu yg lain dgn melukis; hasil drpd melukis; lukisan: Cantik sungguh ~ ini, siapa yg melukisnya? 2 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera: Mereka mengambil ~ ketika melawat ke Desa Ru. 3 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn mengukir; patung. bergambar 1 ada gambarnya; dihias dgn gambar; buku ~; majalah ~. 2 dibuat gambarnya dgn menggunakan kamera; mengambil gambar: Sebelum bermain, kedua-dua pasukan itu telah ~ dahulu. menggambar membuat gambar; melukis gambar: Dia pandai sekali ~ orang. menggambarkan 1 membuat gambar utk: Amin ~ adiknya seekor harimau. 2 melukis supaya menyerupai sesuatu: Ali ~ Ahmad berpakaian tentera laut. 3 menjadikan dpt diketahui atau dpt dibayangkan dlm fikiran; membayangkan: Lukisan ini ~ penderitaan rakyat di kawasan luar bandar. tergambar digambarkan atau dibayangkan: Apakah pengajaran yg anda dpt drpd peristiwa yg ~ dlm syair itu? gambaran 1 hasil drpd menggambar; lukisan. 2 apa-apa yg dpt dibayangkan drpd sesuatu cerita dll; bayangan atau tanggapan yg didapat drpd sesuatu cerita dll: Kedua-dua buku ini memberikan ~ yg terang ttg negara kita dlm kurun kesembilan belas. penggambaran perbuatan (usaha, kegiatan dll) membuat gambar dgn menggunakan kamera dll utk tayangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambar

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Disulam gambar dengan benang;
Hati ingin pulang ke kampung,
     Luasnya laut tidak terenang.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
album1. buku tempat menaruh gambar-gambar (setem dll): ~ yg mengandungi gambar-gambar pd hari perkahwinannya; 2. piring hitam yg mengandungi beberapa buah lagu: penyanyi yg telah berjaya meng­hasilkan beberapa buah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tempel(témpél); gambar ~ gambar yg dapat di-lekatkan pd benda lain kalau dibasahi dgn air; bertempel 1. berdamping rapat (dgn), sangat karib dgn, sangat berdekatan: jangan ~ dgn dia; 2. melekat (pd), berlekat pd: gambar-gambar yg ~ di dinding sudah mulai kuning; bertempelan melekat di beberapa tempat: keping-keping daging masak jatuh ~ di atas lantai; menempel 1. melekat (pd), lekat (pd): poster pilihan raya kelihatan ~ di segenap tembok dan tiang telefon; 2. menampal se­suatu dgn: dindingnya dibubuh papan, ditem­pel dgn baldu yg kuning dan merah; menempeli 1. menempel pd, melekati: Kartini lantas menaruh pakaian di sisi dinding yg penuh ditempeli dgn bermacam-macam gambar; 2. bp menumpangi sese­orang; 3. merapati seseorang (dgn maksud men­cari keuntungan dll); menempelkan 1. melekatkan sesuatu pd: mereka ~ berita itu di pagar-pagar; 2. ki me­rapatkan (telinga utk mendengar dll), me-le­kapkan: dia ~ telinganya ke dinding dan mendengar kalau-kalau ada orang di situ; 3. ki tetap kekal (perasaan dlm hati), melekat, bersebati: kepercayaanku pd agamaku makin ~ terus dlm hatiku; 4. menumpang (duduk dll), menebeng: dia ~ di rumah saudaranya; 5. berapat-rapat dgn (dgn maksud mencari keuntungan dll), menyobat: beliau sekarang mencuba ~ kpd Presiden; 6. memberi wang suap, menyogok, menyuap; tempelan 1. tempat menempelkan sesuatu; 2. sesuatu yg ditempelkan (spt label dll): dinding ini sudah terkopek-kopek papannya, tetapi dibersihkan oleh ~ kertas kuning; 3. orang yg ditempeli (ditumpangi dll); 4. Id cukai pasar (dgn resit yg ditempelkan); 5. Id bunga dll yg disematkan di baju (sbg tanda turut menderma kpd badan amal dll); penempelan proses menempelkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
animasi1 perbuatan atau proses menjadikan sesuatu kelihatan hidup. 2 seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg kelihatan hidup. ~ komputer ist proses menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup dgn memaparkan satu siri gambar secara pantas dgn bantuan komputer. menganimasikan menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup. penganimasian perihal (perbuatan atau proses) menganimasikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cacahbercacah terdapat gambar-gambar pd kulit (dibuat dgn cara mencucuk kulit dgn benda tajam dan diwarnai dgn pencelup). mencacah 1. mencucuk-cucuk kulit dgn benda yg tajam atau dgn jarum. 2. membuat gambar pd kulit dgn mencucuk dan mewarnainya.Kamus Pelajar
corak1 gambar-gambar atau ragi pd kain (anyaman dsb): Kain ini tidak berapa bagus ~nya. 2 pelbagai warna pd warna dasar (ttg kain dll): Kain langsir itu tanahnya putih, ~nya merah. 3 ki rupa (bentuk, sifat) yg tertentu: Sejak itu, Aladin yg dahulunya sangat miskin telah bertukar ~ menjadi kaya. bercorak 1 bergambar atau beragi (ttg kain dsb): Kainnya ~ belang sawa. 2 berwarna pd tanah kain: kain merah yg ~ putih. 3 ki berupa (bersifat dll): Orkes itu sering memainkan lagu-lagu yg ~ Timur Tengah. Pemerintahan negara itu ~ demokrasi. mencorakkan 1 memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2 ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. pencorak orang, faktor, unsur dsb yg mencorakkan sesuatu atau seseorang: Sbg ~ masyarakat, kita bertanggungjawab membela anak-anak yg kurang bernasib baik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercacahterdapat gambar-gambar pd kulit (dibuat dgn cara mencucuk kulit dgn benda tajam dan diwarnai dgn pencelup).Kamus Pelajar
ber­cacahterdapat gambar-gambar pd kulit (dibuat dgn cara mencucuk kulit dgn benda tajam dan diwarnai).Kamus Pelajar Edisi Kedua
filem1 benda tipis yg dibuat drpd seluloid dan dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar ttg sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dlm bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha utk ~ kisah itu. perfileman segala hal ttg filem: masalah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
corak1. gambar-gambar atau ragi pd kain (anyaman dsb):Kain ini tidak berapa bagus ~nya. 2. pelbagai warna pd warna dasar (ttg kain dll): Kain langsir itu tanahnya putih, ~nya merah. 3. ki rupa (bentuk, sifat) yg tertentu: Sejak itu, Aladin yg dahulunya sangat miskin telah bertukar ~ menjadi kaya. bercorak 1. bergambar atau beragi (ttg kain dsb): Kainnya ~ belang sawa. 2. berwarna pd tanah kain: Kain merah yg ~ putih. 3. ki berupa (bersifat dll): Orkes itu sering memainkan lagu-lagu yg ~ Timur Tengah. Pemerintahan negara itu ~ demokrasi. mencorakkan 1. memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2. ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka.Kamus Pelajar
mencorengmenggaris kasar panjang, men­conteng: gambar-gambar calon yg terpampang di situ sudah dicoreng-coreng dgn arang;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas