Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gambar yg dihasilkan dgn menggunakan kamera, foto. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambar foto


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah istilah "potret" digunakan juga untuk gambar foto haiwan contohnya seperti burung atau serangga? Ini kerana menurut pencarian dalam Gerbang Kata, "potret" membawa maksud: (potrét) 1. gambar yg diambil dgn meng'­gunakan kamera, foto. Di sini ia tidak mengatakan dengan spesifik istilah ini hanya khusus untuk gambar foto manusia. Misalnya, bolehkah saya menulis tajuk seperti: "Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia" Harap dapat penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih...Perkataan potret hanya untuk gambar manusia iaitu lukisan cat, lukisan lakar atau gambar foto yang menggambarkan muka seseorang.

Penggunaan tajuk"Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia",  tidak sesuai kerana menggunakan perkataan potret. Saudara boleh menggunakan tajuk "Koleksi Lukisan Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia".
Tatabahasa11.05.2013
Assalamualaikum. 1. Apakah beza rajah dan gambar rajah? 2. Masih digunakan lagi frasa gambar rajah dan gambar foto. Terima kasihRajah dan gambar rajah, kedua-duanya ialah padanan diagram dalam bahasa Melayu. Lazimnya kita menyebut gambar rajah, bukan gambar foto. Jika merujuk foto, hanya foto yang digunakan.Tatabahasa28.07.2016
Disini saya lampirakan lakaran visual iklan dan gambar 'foto' untuk pengesahan daripada DBP bagi pembukaan butik.Tidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan.Lain-lain08.10.2015
Assalamualaikum, Tuan/Puan, Kami ingin membuat permohonan pengesahan visual iklan untuk premis perniagaan kami. Bersama-sama ini kami lampirkan gambar 'foto' lokasi pemasangan papan iklan untuk maklumat pihak Tuan/Puan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Norhafizah Hasriq Mohd Saleh SSL DEV SDN BHD Tel : 03-55184948Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain17.11.2015
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Istilah "photo credit" ialah catatan yang memperakui sumber sesuatu gambar foto yang diterbitkan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "photo credit"? Kredit foto, penghargaan foto, perakuan foto atau apa-apa terjemahan lain yang sesuai?

Dalam hal untuk menyatakan sumber atau memberikan penghargaan kepada sesuatu ilustrasi (foto dan sebagainya). Kami mencadangkan penggunaan perkataan “Ihsan” ” atau “Sumbangan” contohnya “Ihsan Arkib Negara” terutamanya bahan ilustrasi yang telah diperoleh kebenaran untuk penggunaan daripada pemilik hak. Sekiranya bahan ilustrasi tersebut dalam kategori domain awam (public domain) menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyatakan sumber bahan ilustrasi tersebut, kami mencadangkan penggunaan perkataan “Sumber” atau boleh juga terus menyatakan sumber seperti buku atau sebagainya.

Lain-lain09.05.2022
Apakah istilah yang sesuai untuk mengatakan seseorang yang pandai bergambar? Fotogenik?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud fotogenik ialah menarik (cantik, manis, sesuai dan sebagainya) dalan gambar foto (berkenaan seseorang).Makna14.04.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, Bagaimana caranya untuk membeli buku DBP Totto Chan Gadis Kecil di Jendela? Merujuk kepada perkara di atas, besarlah harapan saya untuk dapat membeli semula naskhah buku karangan Tetsuka Kuroyanagi yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu oleh pihak DBP seperti gambar foto yang dilampirkan. Ini berikutan buku tersebut yang pernah saya baca sewaktu kecil dulu telah hilang dalam simpanan dan saya amat sayang pada buku itu. Berulang kali membacanya tetap tidak jemu. untuk makluman pihak Tuan, saya telah lama berusaha mencari naskah buku alihbahasa dalam Bahasa Melayu tersebut untuk dibeli, namun masih gagal hingga kini. Buku alih bahasa Bahasa Melayu tersebut sangat indah susunan tulisannya membuatkan rasa berkesan dalam jiwa dan mencetus imaginasi cerita yang menarik dalam fikiran. Justeru itu, mohon pihak tuan untuk memaklumkan untuk saya dapat membelinya semula naskhah yang telah dialih bahasa dalam Bahasa Melayu yang sangat bagus tersebut. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menjalankan amanah, Rosewati Binti Mohd Yusuff

Salam sejahtera.

Buku Totto Chan Gadis Kecil di Jendela

Hasil semakan dalam sistem https://dbpniaga.my/. Judul tersebut tiada dalam stok. Ini kerana buku ini merupakan buku lama dan setakat ini tidak dicetak lagi. Kami mohon maaf atas kesulitan untuk mendapatkan buku tersebut.

Walau bagaimanapun, hasil semakan dalam sistem http://pustakav2.dbp.gov.my/. Judul  tersebut  ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Memandangkan  sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekiranya puan ingin  membaca semula buku tersebut, bolehlah berurusan dengan Pustakawan DBP seperti maklumat yang berikut:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Terima kasih atas keprihatinan dan Kerjasama.
Lain-lain05.08.2021
kenapa photobomb dipanggil tunafoto dalam bahasa Melayu? ada penjelasan tak? Terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "tuna" ialah  "luka, cacat atau rosak". Maka terjemahan bagi photobomb ialah "tunafoto" yang bermaksud gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.Makna10.06.2022
Assalamualaikum, saya ingin memohon pencerahan mengenai penggunaan ayat ini. Gambar A bersaiz 5R Gambar B bersaiz 3R Adakah perkataan 5R sesuai digunakan dalam ayat atau terdapat penggunaan perkataan lain yang betul? Untuk pengetahuan pihak tuan ayat ini digunakan sebagai kapsyen untuk gambar foto.W'salam,
Pihak puan boleh menggunakan perkataan 3R atau 5R dalam ayat bagi menerangkan saiz gambar berkenaan. Sekian, terima kasih.
Istilah07.03.2016
Assalamualaikum. Soalan, apakah terjemahan flash light dalam Bahasa Melayu? Flash light ini ada digunakan dalam buku berkaitan kejuruteraan. Terima kasihMenurut Kamus Sosiologi maksud flash light ialah mentol denyar yang bermaksud mentol yang menyala beberapa saat untuk memberikan fluks cahaya yang mencukupi semasa mengambil gambar foto.Makna05.10.2016
12

Kembali ke atas