Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gambar yg dihasilkan dgn menggunakan kamera, foto. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambar foto


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAGUERREOTAIP

Daguerreotaip ialah kaedah popular

mengambil gambar foto yang pertama.

Ia ialah sempena nama Louis J. M. Daguerre,

pencipta Perancis yang telah memperkemas

kaedah ini pada tahun 1837.

UMUM 
STRAND, PAUL

Strand, Paul (1890–1976) ialah jurugambar

Amerika yang membantu menjadikan fotografi

sebagai suatu seni. Strand mengambil gambar foto

yang tertumpu serta terperinci, yang memaparkan

sesuatu objek secara mudah dan tepat. Dia

menolak gaya mengambil foto yang kabur dan

terkeluar daripada fokus yang popular sewaktu

akhir tahun 1800-an.

UMUM 
KUASAR

Kuasar ialah objek yang amat bergemerlapan

yang berada jauh dari galaksi kita. Oleh sebab

objek tersebut kelihatan macam bintang dalam

gambar foto, ia disebut objek kuasi-najam (macam

bintang), tetapi istilah ini biasanya disingkatkan

kepada kuasar.

UMUM 
LIBRARY OF CONGRESS

Library of Congress, di Washington D.C.,

ialah salah sebuah perpustakaan penyelidikan

yang terbesar dan paling bernilai di dunia. Library

of Congress mempunyai lebih kurang 84 juta

bahan dalam koleksinya, termasuk lebih daripada

20 juta buah buku dan risalah, dan berjuta-juta

carta, ukiran, manuskrip, peta, filem, gubahan

muzik, gambar foto, dan rakaman. Perpustakaan

ini memiliki koleksi incunabula (buku yang dicetak

sebelum tahun 1501) yang terbesar di Hemisfera

Barat. Koleksi ini mempunyai lebih kurang 5600

buah buku, termasuk satu naskhah Kitab Bible

Gutenberg yang amat sempurna, iaitu sebuah buku

penting yang pertama dicetak di dunia Barat.

UMUM 
RIIS, JACOB AUGUST

Riis, Jacob August (1849–1914) ialah wartawan,

jurugambar, dan reformis sosial Amerika Syarikat.

Pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an,

dia membantu memperbaiki keadaan hidup di

kawasan setinggan New York City dengan cara

mendedahkan mereka kepada orang ramai melalui

penulisan dan gambar fotonya. Gambar foto yang

diambil oleh Riis adalah antara yang pertama

muncul di akhbar.

UMUM 
BIBLIOTHÈQUE NATIONALE

Bibliothèque Nationale ialah salah sebuah

perpustakaan yang terbesar di Eropah. Ia terletak

di Paris, dan merupakan perpustakaan negara

bagi orang Perancis. Ia adalah salah sebuah

perpustakaan yang tertua dan terpenting di dunia.

Perpustakaan ini menyimpan satu naskhah bagi

setiap terbitan yang dicetak di Perancis. Koleksinya

termasuk kira-kira 20 juta jilid bercetak, 500 000

majalah, 165 000 manuskrip, 600 000 peta, 15 juta

turisan dan gambar foto dan kira-kira 400 000

syiling dan kameo.

UMUM 
BIERSTADT, ALBERT

Bierstadt, Albert (1830–1902) ialah salah

seorang daripada pelukis landskap romantik

Amerika yang terkemuka. Dia mula-mula melihat

pemandangan yang indah di Barat Amerika pada

tahun 1859 semasa menyertai ekspedisi tinjauan.

Dia membuat lakaran pada ketika itu juga dan

mengambil gambar yang kemudian dilukis

menjadi panorama besar Pergunungan Barat.

Hanya sedikit berasaskan kepada lakarannya dan

foto, lukisan Bierstadt mengungkapkan landskap

yang tersergam indah, yang diperhebat dengan

penggunaan pencahayaan yang dramatik. Bierstadt

menerima 25 000 dolar Amerika untuk sebuah

lukisan, harga yang paling tinggi yang pernah

dibayar bagi lukisan di Amerika pada masa itu.

Walau bagaimanapun, reputasinya merosot di

akhir kerjayanya. Pada hari ini, terutama lukisannya

yang lebih kecil, kembali popular disebabkan

timbulnya minat baru terhadap pergerakan

romantik tahun 1800-an.

UMUM 

Kembali ke atas