Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sketsa, rangka atau pelan yg menerangkan sesuatu (hal, perkembangan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gambar yg dibuat secara kasar (biasanya garis-garis saja) utk menerangkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rajah (kata nama)
Bersinonim dengan gambar, gambar rajah, graf, ilustrasi, lukisan, bagan, lakaran, pelan;,
Kata Terbitan : merajah, merajahkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. 1. Apakah beza rajah dan gambar rajah? 2. Masih digunakan lagi frasa gambar rajah dan gambar foto. Terima kasihRajah dan gambar rajah, kedua-duanya ialah padanan diagram dalam bahasa Melayu. Lazimnya kita menyebut gambar rajah, bukan gambar foto. Jika merujuk foto, hanya foto yang digunakan.Tatabahasa28.07.2016
Jika gambar rajah merupakan kata majmuk yang dieja dua perkataan mengapa saya dapati ada digunakan gambar rajah satu perkataan dalam Carian Kata yang saya lakukan pada portal DBP ini. Oleh itu, saya ingin tahu bila perlu guna satu perkataan dan bila guna dua perkataan. Contoh yang saya jumpa seperti berikut: 5 dijumpai dalam Istilah Malaysia gambarajah Z-N gambarajah Fizik gambarajah pemeriksaan gambarajah ACF gambarajah ACF Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah gambar rajah. Untuk mengetahui ejaan kata majmuk yang telah mantap, satu atau dua perkataan, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewa.Tatabahasa05.12.2008
Mohon penjelasan penggunaan perkataan gambarajah dan gambar rajahPerkataan gambar rajah yang merupakan kata majmuk dieja dua perkataan.  Ejaan11.11.2008
yang mana satu betul: 1) gambar rajah atau gambarajah 2) baru atau baharu
  1. Gambar rajah
  2. Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.
Istilah20.04.2011
Adakah salah dari segi maksud atau maksud berlainan bagi ejaan 'gambar rajah' dieja rapat 'gambarajah'.


Ejaan yang betul ialah "gambar rajah". Untuk pengetahuan saudara, ejaan "gambarajah" ialah istilah lama yang dieja rapat. Setelah sistem ejaan baharu diperkenalkan, ejaan yang betulnya ialah dua patah perkataan. 
Istilah16.04.2014
Saya minta penjelasan ke atas penggunaan perkataan 'Rajah' dan 'Gambar rajah' terutamanya dalam penyediaan kertas soalan peperiksaan. Adakah kedua-dua ini boleh digunakan dengan maksud yang sama? Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan, gambar rajah ialah rangka atau pelan yg menerangkan sesuatu (hal, perkembangan, dll). Bagi penggunaan dalam penyediaan kertas peperiksaan, sila rujuk dengan pihak yang menggubal soalan tersebut.

Makna04.09.2014
Apakah istillah yang sesuai untuk UML Structural diagram UML Behavioral diagram dalam bidang Teknologi Maklumat?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "UML Structural Diagram" dan "UML Behavioral Diagram" ialah Gambar Rajah Struktur UML dan Gambar Rajah Peri Laku UML.Istilah14.04.2017
Assalamualaikum.Saya ingin penjelasan,didalam kamus, apa perbezaan Stokin dan Stoking?Melalui semakan kertas peperiksaan pertengahan tahun bagi kertas bahasa melayu penulisan anak saya,gambar rajah yang diberi menunjukkan stokin pendek.Soalan yang diberi,apakah gambar rajah tersebut?Jawapan dari anak saya ialah stokin didapati salah.Melalui semakan,saya dapati perbezaan stokin adalah stokin pendek sementara stoking adalah stoking panjang yang kebiasaannya digunakan oleh ahli sukan.Saya telah merujuk kepihak sekolah anak saya (Sekolah Kebangsaan Kuang,Rawang Selangor).Pihak sekolah mengatakan,jawapan dari anak saya adalah salah.Mohon penjelasan daripada pihak tuan.Terima kasih.Dalam Kamus Dewan (Bahasa Melayu - Bahasa Melayu) padanan sock dalam bahasa Melayu ialah stoking. Oleh itu, ejaan stoking yang paling tepat. Sila klik http://prpm.dbp.gov.my untuk menyelesaikan sebarang masalah bahasa Melayu anda.

Berkemungkinan berlaku kesilapan semasa proses pemindahan data dari salinan keras kepada salinan lembut. Jika tuan berhadapan dengan kes seumpama ini, pertamanya, ambil data daripada Kamus Pelajar; dan jika tiada, ambil data yang paling banyak kerana yang sedikit itu kita anggap sebagai data yang kurang tepat. Contohnya, Kamus Pelajar merakamkan ejaan stoking dan jika dilihat kebanyakan data ialah stoking, amat sedikit data tentang stokin.
Ejaan16.06.2015
Maaf, saya masih belum berpuas hati sebab saya temui penggunaan perkataan gambarajah satu perkataan dalam portal DPB (seperti dilampirkan). Adakah boleh digunakan pada hal-hal @ situasi tertentu. Jika boleh, bila?

Ejaan yang betul ialah gambar rajah. Untuk pengetahuan saudara, ejaan gambar rajah dalam portal DBP seperti yang dilampirkan ialah istilah lama dan pada ketika itu ejaan gambar rajah dieja rapat. Setelah sistem ejaan baru diperkenalkan, ejaan yang betulnya ialah dua patah perkataan.

Istilah12.12.2008
Makna & fungsi carta organisasiCarta  ialah paparan yang mengandungi keterang­an (tentang harga, suhu, senarai sesuatu dan sebagainya) dalam bentuk graf, gambar rajah dan sebagainya. Carta organisasi ialah paparan keterangan sesebuah organisasi dalam bentuk gambar rajah, dan berfungsi memberikan gambaran awal tentang struktur organisasi tersebut.Makna13.01.2011
123

Kembali ke atas