Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sketsa, rangka atau pelan yg menerangkan sesuatu (hal, perkembangan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gambar yg dibuat secara kasar (biasanya garis-garis saja) utk menerangkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rajah (kata nama)
Bersinonim dengan gambar, gambar rajah, graf, ilustrasi, lukisan, bagan, lakaran, pelan;,
Kata Terbitan : merajah, merajahkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Klien’s velocity diagramgambar rajah halaju KlienMekanikGunaanGambar rajah halaju yang dilukis pada gambar rajah sesuatu mekanisme dan menyerupai gambar rajah halaju sebenar. Dimensi gambar rajah halaju klien boleh digunakan dalam analisis kerana dimensinya berkadar dengan dimensi gambar rajah halaju sebenar. Arah vektor halaju pada gambar rajah ini sendeng 90o daripada arah sebenar yang diberikan oleh gambar rajah halaju sebenar. Gambar rajah ini digunakan dalam analisis mekanisme.
circuti diagramgambar rajah litarTeknikElektrikGambar rajah yang menunjukkan rangkaian kesemua komponen dalam sesuatu litar elektrik, seperti dawai, motor, dan penyentuh, dengan menggunakan simbol-simbol tertentu. Ada pelbagai gambar rajah litar termasuk gambar rajah pendawaian, gambar rajah utama, gambar rajah kawalan, dan gambar rajah skema.
block diagramgambar rajah blok; gambar rajah bongkahGeologiTiada1. Gambar rajah bongkah: Gambar rajah tiga dimensi menunjukkan ciri-ciri topografi dan geologi.
kinematic diagramgambar rajah kinematikMekanikGunaanGambar rajah yang menunjukkan jasad berserta vektor halaju (gambar rajah kinematik halaju) atau vektor pecutan (gambar rajah kinematik pecutan) yang berpadanan dengan sebarang titik pada jasad itu. gambar rajah kinematik dilukis untuk memudahkan penerapan persamaan kinematik. Lihat juga persamaan kinematik.
Klien’s acceleration diagramgambar rajah pecutan KlienMekanikGunaanGambar rajah pecutan yang dilukis pada gambar rajah mekanisme dan menyerupai gambar rajah pecutan yang sebenar, tetapi arah vektor-vektor pecutan yang terlibat condong daripada arah yang sebenar.
active-force diagramgambar rajah daya tindakanMekanikGunaangambar rajah yang mentakrif sistem daya yang bertindak pada sesuatu sistem jasad tetapi hanya menunjukkan daya tindakan tanpa menunjukkan daya tindak balas. Untuk melukis gambar rajah ini, sistem berkenaan tidak perlu dipencilkan daripada pengekangnya dan daya tindak balas tidak didedahkan. gambar rajah ini hanya digunakan dalam analisis statik yang menggunakan kaedah kerja maya dan dalam analisis dinamik apabila prinsip kerja dan tenaga digunakan. Gambar rajah ini digunakan sebagai ganti gambar rajah jasad bebas untuk memudahkan perhitungan nilai kerja yang terlibat. Daya tindak balas tidak perlu ditunjukkan kerana daya ini mengekang titik kenaannya dari beranjak pada arah tindakannya dan, dengan itu, tidak melakukan sebarang kerja.
schematic diagramgambar rajah skemaTeknikElektrik1. Gambar rajah litar dalam bentuk lukisan pemasangan elektrik bagi menunjukkan pengagihan tenaga elektrik dari punca bekalan ke litar akhir pengguna. Pengagihan ini ditunjukkan dengan satu garisan sahaja. Gambar rajah ini dapat membantu perancang menentukan kadaran peralatan, saiz kabel, dan jenis pendawaian yang sesuai. 2. Gambar rajah litar dalam bentuk lukisan elektronik bagi menunjukkan litar sambungan dan nilai setiap komponen dalam susunan yang mudah difahami. Gambar rajah ini dilukis dengan menggunakan simbol grafik bagi setiap komponen yang terlibat.
linkage diagramgambar rajah pautanMekanikGunaanGambar rajah jasad yang tersokong dengan setiap komponen daya sokong anu diwakili oleh sebarang paut. Gambar rajah ini boleh digunakan untuk menolong menentukan darjah keikatan jasad. Contoh gambar rajah pautan diberikan dalam Rajah G3. RAJAH G3 (rujuk mss. 37)
acceleration diagramgambar rajah pecutanMekanikGunaanGambar rajah yang merupakan selesaian grafik bagi persamaan pecutan nisbi yang memerihalkan gerakan satah sesuatu sistem jasad tegar. Penyelesaian secara grafik ini memudahkan analisis kebanyakan masalah, terutama apabila geometri yang terlibat sukar untuk ditulis dalam bentuk sebutan matematik. gambar rajah pecutan dibentuk dengan mula-mula melukiskan semua vektor pecutan yang diketahui pada kedudukannya yang betul dengan menggunakan skala yang sesuai. Vektor-vektor anu yang melengkapkan plogon berkenaan dan memenuhi persamaan vektor pecutan yang terlibat, diukur daripada gambar rajah yang diperoleh itu. Biasanya gambar rajah halaju perlu dilukiskan terlebih dahulu sebelum gambar rajah pecutan boleh dilukis kerana komponen normal bagi pecutan diperoleh dengan menggunakan nilai halaju pada gambar rajah halaju itu. Contoh bagi kes yang mudah diberikan dalam Rajah G4. RAJAH G4 (rujuk mss. 38)
bubble diagramgambar rajah buihKesenianSeni BinaGambar rajah yang digunakan untuk menunjukkan pelan konsep sesebuah bangunan atau rumah yang akan dibina. Gambar rajah ini biasanya diwakili oleh simbol seperti bulatan dan anak panah yang ringkas bagi menunjukkan hubungan antara ruang. Ia juga berfungsi untuk memastikan kesesuaian aliran ruang supaya berada dalam keadaan harmoni dan berfungsi. Gambar rajah ini biasanya digunakan oleh arkitek semasa perbincangan awal bersama-sama pelanggan bagi mendapatkan gambaran pelan sebenar yang memenuhi kehendak dan cita rasa pelanggan.
12345678910...

Kembali ke atas