Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gam.ba.ran] | ݢمبرن

Definisi : 1. gambar, lukisan; 2. kisah (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gam.ba.ran] | ݢمبرن

Definisi : 1 hasil drpd menggambar; lukisan. 2 apa-apa yg dpt dibayangkan drpd sesuatu cerita dll; bayangan atau tanggapan yg didapat drpd sesuatu cerita dll: Kedua-dua buku ini memberikan ~ yg terang ttg negara kita dlm kurun kesembilan belas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gambarangambaranKesenianTiadaGambaran kasar pada kertas atau papan lapis yang biasanya dibuat sebelum mengukir.
simultaneous representationgambaran serentakKesenianTiadaGambaran figur atau objek dari beberapa sudut dalam gambaran yang sama pada lukisan.
Schroedinger picturegambaran SchroedingerFizikMekanik KuantumGambaran yang memerihalkan sistem mekanik kuantum yang keadaan dinamiknya disajikan oleh vektor yang berubah dengan perjalanan masa sedangkan kuantiti fiziknya diwakili oleh pengoperasi pegun. Lihat juga: gambaran Heisenberg.
desmoid tumourtumor desmoidPerubatanTiadaTumor berfiber dan terbendung, berasal daripada selaput otot, gambaran histologinya adalah gabungan gambaran histologi fibroma dan fibrosarkoma.
corporate identityidentiti korporatKomunikasiKorporatGambaran mengenai sesebuah syarikat atau organisasi yang diterima oleh khalayak. Gambaran ini bersumber daripada lambang dan pernyataan yang dipaparkan atau tercatat bagi mewakili sesebuah syarikat atau organisasi. Gambaran ini wujud dalam unsur yang digabungkan untuk membentuk identiti atau keperibadian sesebuah syarikat. Antaranya termasuklah logo, warna, nama, slogan, pakaian seragam, reka bentuk bangunan, piagam pelanggan, dan falsafah organisasi. Sebarang bentuk pengiklanan, publisiti, kempen, promosi atau pengendalian aktiviti yang dilakukan oleh syarikat yang perlu mengandungi unsur tersebut bagi memastikan sesuatu yang dilakukan itu mencerminkan keperibadian syarikat berkenaan. Syarikat tersebut tidak menyokong sebarang aktiviti, projek, atau kempen yang bertentangan dengan falsafah organisasi. Identiti korporat yang stabil dan baik akan dapat mewujudkan tanggapan dan kepercayaan positif dalam khalayak terhadap syarikat. Tanggapan dan kepercayaan yang baik akhirnya akan menghasilkan citra korporat yang positif.
eidetic imagerygambaran eidetikKesenianTiadaGambaran pada lukisan yang berdasarkan rasa hati atau perasaan tentang rupa sesuatu.
frontal depictiongambaran depanKesenianTiadaGambaran figur manusia dari bahagian hadapan.
snow storm appearancegambaran bak ribut saljiPerubatanTiadaGambaran radiograf sesuatu kawasan seperti dalam penyakit sjogren.
life like portrayelgambaran seakan hidupKesenianTiadaLukisan benda yang menyerupai gambaran benda sebenar.
picture in our headgambaran dalam fikiranKomunikasiTiadaAndaian yang menyatakan bahawa komunikasi merupakan proses menyampaikan gambaran daripada fikiran seseorang kepada orang lain. Teori ini diperkenalkan oleh Walter Lippmann di dalam bukunya yang bertajuk Public Opinion.
12345678910...

Kembali ke atas