Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.mé.lan] | ݢميلن

Definisi : (gamélan) seperangkat alat muzik yg berasal dr Jawa, yg terdiri drpd beberapa jenis alat yg dipalu spt saron, bonang, gambang, gong, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mé.lan] | ݢميلن

Definisi : /gamélan/ selengkap alat muzik Jawa yg terdiri drpd gong, gendang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gamelan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gamelan Jawa (Mal)gamelan JawaKesenianTiadaGamelan yang berkembang di Johor.
gamelan Melayu (Mal)gamelan MelayuKesenianTiadaKesenian gamelan yang berkembang di Terengganu dan Pahang.
gamelan Melayugamelan MelayuMuzikTiada

 Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di istana Pahang dan Terengganu pada abad ke-19 dan abad ke-20. Pada tahun 1811, satu set gamelan dan penari dari Riau-Lingga telah dihantar ke Pahang untuk meraikan perkahwinan antara keluarga diraja Riau-Lingga dengan keluarga bendahara di Pahang. Pada tahun 1913, gamelan Pahang dan penarinya dipindahkan ke istana Tereng­ganu apabila Tengku Ampuan Mariam, anak perempuan raja Pahang berkahwin dengan Sultan Sulaiman dari Terengganu. Pergerakan tarian, pakaian dan sistem tiunan berbeza dengan tradisi gamelan Jawa. Skel pentatonik dengan jeda neutral ketiga diadaptasikan daripada skel slendro Jawa. Alat muzik terdiri daripada gong agung, gong suwukan dan kenong yang berfungsi sebagai penanda masa; saron barung yang menghasilkan melodi asas; kerumong, saron panerus dan gambang yang membungai melodi asas; serta gendang yang membunyikan rentak. Tarian yang diiringi gamelan Melayu dikenali sebagai joget gamelan. Contoh lagu dan tarian termasuklah Timang Burung dan Togok.

joget gamelanjoget gamelanMuzikTiada

 Tarian klasik di istana Pahang dan Terengganu yang wujud pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Tarian klasik diiringi oleh gamelan Melayu. Contohnya, Timang Burung, Togok dan Ayak-Ayak. Lihat juga gamelan Melayu.

gamelan Jawagamelan JawaMuzikTiadaEnsembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di Surakarta dan Jogjakarta dari awal kurun Masihi. Ensembel ini dimainkan bagi upacara dan hiburan orang bangsawan di istana dan rakyat biasa di desa. Gamelan Jawa juga dipersembahkan untuk mengiringi tarian dan wayang. Alat muzik merangkumi alat yang menandakan masa seperti gong ageng, suwukan, siyem, kempul, kenong, ketuk dan kempyang; alat yang menghasilkan melodi asas seperti saron demung dan saron barung; alat yang membungai melo­di asas seperti bonang, gambang, rebab, suling dan celempung serta alat dram seperti gendang, ciblong dan ketipung. Penyanyi pesindhen dan gerong juga membungai melodi asas. Dua jenis skel yang digunakan ialah skel lima ton, iaitu slendro dan tujuh ton, iaitu pelog.
gamelan (Indon)gamelanKesusasteraanTiadaSeperangkat alat muzik yang menonjolkan alat perkusi tradisional Jawa, seperti saron, borang, gambung, gambir, rebab, gong, gondang dan lain-lain .
gamelan (Indon)gamelanKesenianTiadaSeperangkat alat muzik yang menonjolkan alat perkusi tradisional Jawa, seperti saron, borang, gambung, gambir, rebab, gong, gondang dan lain-lain .
gamelan gong kebyargamelan gong kebyarMuzikTiadaEnsembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang dicipta di Bali pada awal abad ke-20. Keistimewaan muzik ini ialah permainan melodi dan rentak yang bertingkah-tingkah dengan tempo yang cepat atau kotekan. Mod Bali diadaptasikan daripada skel tujuh ton, iaitu pelog. Alat muzik merangkumi jegogan, calung atau jublag yang menghasilkan melodi asas, pemade, kantilan, ugal dan reyong yang menghiasi melodi asas dengan rentak yang bertingkah-tingkah, kendhang yang bermain rentak serta cengceng, gong dan kempul yang menandakan masa. Sinonim kebyar.
bonang (Indon)bonangKesenianTiadaAlat muzik tradisional Jawa dalam kumpulan gamelan. Di dalam gamelan Melayu dikenali sebagai keromong.
gendang Jawa (Mal)gendang JawaKesenianTiadaGendang dua muka yang dimainkan di dalam kumpulan gamelan Melayu dan gamelan Jawa.
12345678910

Kembali ke atas