Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.mit] | ݢاميت

Definisi : isyarat memanggil dgn jari: ibarat ~ sudah berkecapi, ibarat kata sudah berjawab;gamit-gamitan sesuatu yg sering kali disebut-sebut orang, buah mulut orang: menjadi ~ orang;bergamit-gamitan 1. saling memberi isyarat dgn jari; 2. saling menyentuh dgn jari: kedua-duanya ~ dan kerling-mengerling; menggamit 1. memberi isyarat dgn jari (utk memanggil); 2. menyentuh jari, mencuit; ~ kecapi memetik kecapi; menggamitkan menyentuhkan jari, melambaikan (tangan) utk memanggil dll: kanak-kanak itu ~ tangannya spt meminta sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mit] | ݢاميت

Definisi : isyarat dgn jari (biasanya dgn menggerak-gerakkan empat jari ke atas dan ke bawah) utk memanggil. menggamit memberikan isyarat dgn menggerak-gerakkan jari ke atas dan ke bawah: Ani ~ saya ke tempatnya. menggamitkan menggerakkan (jari) ke atas dan ke bawah utk memanggil: Dia ~ jarinya utk mengajak adiknya pergi bersama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gamit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud "digamit" dalam ayat "perasaan bagai digamit rindu"? Saya telah cari maksud gamit di Kamus Dewan, tetapi masih tidak faham."Digamit" dalam ayat ini juga membawa maksud "dicuit rindu".
Menurut Kamus Dewan Perdana, digamit bermaksud mengusik atau mengganggu (perasaan, fikiran dan sebagainya).
Lain-lain29.04.2022

Kembali ke atas