Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.nas] | ݢانس

Definisi : 1. liar dan suka menyerang, mengamuk, membunuh dsb (bkn binatang), buas: harimau (buaya) yg ~; 2. cenderung merosakkan harta benda, mencederakan orang dsb (bkn orang): orang gila itu semakin hari semakin ~;mengganas 1. berlaku ganas (menyerang, mengamuk, dll): samseng-samseng makin ~ di bandar-bandar ini; 2. menjadi semakin hebat, menjadi-jadi: wabak taun ~;mengganasi berlaku ganas terhadap, melakukan perbuatan ganas terhadap (seseorang): wanita sepatutnya dihormati sbg seorang insan, spt lelaki, dgn itu kaum lelaki tidak akan ~ wanita;keganasan perihal ganas, kebuasan, kegarangan; ~ antarabangsa penggunaan kuasa secara sewenang-wenang tanpa menghiraukan undang-undang yang ada oleh seseorang atau kumpulan manusia secara terancang terhadap manusia atau harta benda dgn tujuan utk menakut-nakutkan atau memaksa sesuatu kaum atau negara demi memperjuangkan idologi atau kuasa politik masing-masing; pengganasan perbuatan mengganas: anasir-anasir subversif melakukan ~ di sempadan;pengganas orang yg mengganas: ~-~ komunis masih berkeliaran di kawasan sempadan Semenanjung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.nas] | ݢانس

Definisi : 1 galak dan suka menyerang (umumnya binatang): Mereka berjaya menangkap dan mengurung harimau yg ~ itu. 2 selalu marah serta dgn bengisnya; tidak bertimbang rasa sama sekali: Raja itu sangat zalim dan ~. mengganas 1 menjadi ganas; berlaku ganas: Kumpulan-kumpulan samseng semakin ~ di daerah itu. 2 menjadi semakin hebat; menjadi-jadi: Air bah ~ dan telah menenggelami hampir seluruh bandar Temerloh. keganasan keadaan atau sifat ganas; kebengisan: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi korban ~ itu. pengganasan perbuatan mengganas atau hal berlaku ganas: ~ komunis itu telah dpt dipatahkan oleh pasukan tentera. pengganas orang yg mengganas; penjahat: Dua orang ~ komunis telah ditembak mati subuh-subuh tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganas

Puisi
 

Buah papaya buah nanas,
     Masak sebiji seri gading;
Sungguh saya buaya ganas,
     Pilih juga darah dan daging.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
viciousganas; cacatPerubatanTiadaTiada
violent stormribut ganasMeteorologiMeteorologi PerhubunganDalam skala angin Beaufort, angin yang bertiup dengan kelajuan 56 hingga 63 knot.
regime of terrorpemerintahan ganasSains PolitikTiadaTiada
Reign of TerrorPemerintahan GanasSejarahTiadaTiada
regime of terrorpemerintahan ganasSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
violent behaviourtingkah laku ganasKriminologiKeadilan JenayahTingkah laku agresif mana-mana individu yang memudaratkan diri sendiri, orang lain atau harta benda. Contohnya, seorang lelaki bersikap kasar dengan teman wanitanya sehingga mendatangkan kecederaan.
internal disturbancekekacauan dalam negeriUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKekacauan yang berlaku dalam sesebuah negara. Kekacauan ini melibatkan gangguan kepada ketertiban domestik yang terhasil daripada tindakan ganas yang tidak mempunyai sebarang ciri konflik bersenjata. Contohnya, rusuhan oleh individu atau kumpulan tertentu yang menyatakan penentangan, ketidakpuashatian atau permintaan secara terbuka. Tindakan ganas selalunya berlaku secara terpencil atau sekali sekala. Kekacauan ini sering berlaku antara puak atau antara pembangkang dengan pemerintah dalam sesebuah negara.
barbaricgasarSejarahTiadaSifat yang kasar, ganas, biadap, dan tidak bertamadun.
ذوالمخلفberkuku (burung)Agama IslamFiqhBurung ganas yang mempunyai kuku yang mencengkam.
ذوالنابbertaring (binatang)Agama IslamFiqhBinatang ganas yang mempunyai taring.
12345

Kembali ke atas