Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gandaan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Gandaan untuk jawatan. Adakah ditulis: 1. Pengurus Besar - Pengurus Besar; atau 2. Pengurus-Pengurus Besar Mohon pengesahan penggunaan gandaan jawatan yang betul. Terima kasih.Jawapan yang tepat ialah Pengurus-pengurus Besar.Ejaan02.09.2016
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan dua perkataan, iaitu "memekik" dan "menjerit". 1) Adakah kedua-dua perkataan ini boleh menerima gandaan, iaitu "memekik-mekik" dan "menjerit-jerit"? Biasanya, dalam Kamus Dewan, jika sesuatu perkataan itu dapat menerima gandaan akan dinyatakan tapi sebaliknya bagi kedua-dua perkataan ini. Terima kasih. Salmah Ibrahim.Perkataan memekik-mekik dan menjerit-jerit boleh digunakan, sama seperti perkataan terpekik-pekik dan terjerit-jerit. Lihat juga perkataan ciar, sama maknanya dengan memekik-mekik.Tatabahasa13.07.2010
Selamat sejahtera. Soalan : 1. Baju itu mahal-mahal belaka. 2. Cikgu Aini mengajarkan Bahasa Melayu kepada mirid-murid tahun 6. Betul atau salahSalam sejahtera,

1. Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan. Oleh itu, ayat  yang gramatis ialah "Baju itu mahal belaka".

2.  Ayat "Cikgu Aini mengajarkan bahasa Melayu kepada murid-murid tahun 6", sudah tepat penggunaannya.  
Tatabahasa15.08.2015
betulkah penggunaan baharu dan baru telah berubah? bagaimanakah penggunaan kata penguat 'sekali' digunakan? setahu saya , tidak boleh ada dua kata penguat dalam satu frasa adjektif tetapi ada pula orang yang kata sesetengah kata penguat boleh menggunakan sekali di hujungnya. sekian, terima kasih.

Perkataan baru atau baharu adalah sama. Yang membezakan perkataan ini ialah baru merujuk kepada 'just'. Misalnya baru sampai. Baharu merujuk kepada 'new'. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut; 1. se + kata adjektif + gandaan + kata nama. 2. ter + kata adjektif. 3. paling + kata adjektif. 4. kata adjektif + sekali. 5. ter + amat, sangat + adjektif. 6. amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 245.

Tatabahasa12.10.2008
salam sejahtera. Bolehkah perkataan berganda iaitu "gemuk-gemuk" ditulis sebagai gegemuk ? Sekian, yerima kasih.
Perkataan gemuk-gemuk merupakan pengandaan penuh kata adjektif, iaitu mengandakan kata adjektif tunggal untuk memberikan makna keadaan sifat yang menyeluruh. Kata gemuk-gemuk juga boleh diganda separa pada kata berawalan menjadi segemuk-gemuk. Tidak ada bentuk gandaan gegemuk. 1">
Ejaan11.05.2017

Kembali ke atas