Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.dum] | ݢندوم

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), terigu, Trificum sativum; tepung ~ tepung terigu (utk membuat roti dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.dum] | ݢندوم

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan bijirin atau buahnya (buahnya dijadikan tepung utk dibuat roti dll); terigu, Trificum sativum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gandum


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GANDUM KUDA UMUM 
GANDUM UMUM 
SASKATCHEWAN

Saskatchewan (pend. 988 928) adalah salah satu

Provinsi Prairi di Kanada. Ia merupakan kawasan

tanaman gandum yang terbesar di Amerika Utara.

Petaninya menghasilkan kira-kira separuh daripada

gandum Kanada. Kawasan gandum yang luas ini

diberi nama jolokan Bakul Roti Kanada . Kereta api

digunakan untuk mengangkut sebahagian besar

gandum ini ke pelabuhan-pelabuhan Kanada untuk

dihantar ke seluruh dunia.

UMUM 
RIDLEY, JOHN

Ridley, John (1806–1887) ialah pereka mesin

pemungut yang mengurangkan kos penuaian dan

merevolusikan industri gandum di Australia.

Dengan menggunakan mesin ini, peladang dapat

memungut gandum sehingga lima hektar sehari.

UMUM 
ERGOT

Ergot ialah kulat parasit yang menyerang

gandum, barli, rai, dan banyak rumput liar dan

rumput tanaman.

UMUM 
EMER

Emer ialah butir bijirin yang serupa dengan

gandum.

UMUM 
SOREL

Sorel ialah nama yang diberi kepada beberapa

tumbuhan dalam famili gandum kuda. Semua

tumbuhan ini mempunyai daun berjus dan

batang yang mengandungi asid oksalik yang

memberikannya rasa masam. Bunganya yang kecil,

berwarna hijau tumbuh tiga-tiga. Bijinya adalah

kekeras bersegi tiga. Daun sesetengah sorel

bertukar warna menjadi merah terang pada akhir

musim panas.

UMUM 
KANSAS

Kansas ialah negeri di Barat Tengah Amerika

Syarikat. Kansas merupakan negeri pengeluar

gandum yang utama di Amerika Syarikat.

UMUM 
TEPUNG

Tepung ialah makanan berserbuk yang dibuat

daripada bijian yang dikisar. Sebahagian besar

tepung dibuat daripada gandum dan digunakan

untuk membuat roti. Biji-bijian lain yang dikisar

menjadi tepung termasuk barli, jagung, sekoi, oat,

beras dan rai. Tepung ialah ramuan asas untuk

membuat biskut, kek, makaroni, dan penkek.

Roti ialah makanan yang paling meluas dimakan

di dunia, dan penduduk di banyak negara

memperoleh lebih daripada separuh khasiat

daripada makanan yang dibuat daripada tepung.

UMUM 
KANJI

Kanji ialah bahan putih berbentuk serbuk yang

terdapat dalam sel hidup tumbuhan hijau. Ia boleh

didapati dalam biji jagung, gandum, padi, dan

kacang, dan dalam batang, akar dan ubi (batang

bawah tanah) kentang, ubi garut, atau ubi kayu

(tapioka).

UMUM 
123

Kembali ke atas