Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.dum] | ݢندوم

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), terigu, Trificum sativum; tepung ~ tepung terigu (utk membuat roti dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.dum] | ݢندوم

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan bijirin atau buahnya (buahnya dijadikan tepung utk dibuat roti dll); terigu, Trificum sativum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gandum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wheat milling by-producthasil sampingan pengilangan gandumVeterinarTiadaHasil sampingan yang didapati daripada proses pengilangan gandum untuk dijadikan makanan ternakan. Antara hasil sampingan yang diperoleh ialah dedak gandum, mil germa gandum dan middling atau polard gandum. Dedak gandum mengandungi 8.5-12% serabut kasar dan 12.5-16% protein kasar. Middling pula merupakan campuran dedak dan endosperma yang mengandungi 2-4% serabut kasar dan 15-18% protein manakala, germa gandum mengandungi 22-32% protein kasar tetapi rendah kandungan serabutnya. Namun begitu, ia merupakan sumber yang baik untuk vitamin E dan tiamina.
cereal by-producthasil sampingan bijirinVeterinarTiadaBahan-bahan sampingan yang diperoleh daripada proses pengisaran bijirin. Contohnya, dedak dan sekam yang terhasil daripada pemprosesan padi. Pengisaran gandum pula menghasilkan dedak gandum, polard gandum dan mil germa gandum. Bahan-bahan ini digunakan sebagai sumber tenaga sebanyak 12-14 MJ/kg dan sumber protein sebanyak 8-9% dalam pemformulasian makanan. Bahan ini sesuai untuk makanan semua jenis ternakan.
soft wheatgandum lembutMakanan dan PemakananTeknologi MakananGandum yang mengalami pemecahan endosperma secara rawak dan menghasilkan sel endosperma yang mudah pecah serta melekat pada kulit. Gandum lembut menghasilkan tepung yang sangat halus, melekat sesama sendiri serta sukar diayak. Gandum lembut mempunyai kandungan protein yang rendah dan menghasilkan tepung yang kuat serta berupaya membentuk doh yang lebih kenyal. Gandum ini lebih sesuai bagi pembuatan roti kerana menghasilkan roti yang berisi padu tinggi, bertekstur baik dan boleh disimpan lama.
hard wheatgandum kerasMakanan dan PemakananTeknologi MakananGandum yang mengalami pemecahan endosperma di sepanjang garis sempadan sel apabila dikisar, dan menghasilkan sel endosperma yang lebih bersih dan masih tidak rosak. Gandum ini menghasilkan tepung yang kasar, bergerak bebas dan mudah diayak serta mengandungi zarah yang seragam. Gandum keras mempunyai kandungan protein yang tinggi dan menghasilkan tepung yang kuat serta berupaya membentuk doh yang lebih kenyal. Gandum ini lebih sesuai bagi pembuatan roti kerana menghasilkan roti yang berisi padu tinggi, bertekstur baik dan boleh disimpan lama.
buckwheatgandum kuda (GEOG, PEM.MAN)SosiologiTiada1. Tumbuhan daripada genus Fagopyrum, yang kandungan proteinnya kurang daripada gandum biasa dan digunakan sebagai bijirin, atau makanan haiwan.,2. Tepung atau bijirin daripada biji tumbuhan gandum kuda.,3. Kek kecil yang dibuat menggunakan tepung gandum kuda.
wheat germgerma gandumMakanan dan PemakananTeknologi MakananEmbrio bijirin yang dibuang semasa pengilangan. Germa gandum boleh menyebabkan ketengikan kerana kandungan minyaknya yang tinggi. Ia digunakan untuk menghasilkan minyak germa gandum.
einkorneinkorn (gandum purba)SejarahTiadaJenis gandum yang berbentuk leper seperti bijirin barli, dianggap jenis tanaman purba dan tumbuh biasanya di tanah yang kurang subur di Eropah Tengah.
wheat germgerma gandumPentadbiran PerniagaanTiadaEmbrio gandum yang mengandungi tokoferol, tiamina, riboflavin dan vitamin lain
wheat polardpolard gandumVeterinarTiadaHasil sampingan yang diperoleh daripada pengisaran gandum yang terdiri daripada lapisan dedak, lapisan aleuron dan germa. Bahan ini mengandungi aras protein 16-20% manakala tenaga metabolisme 11-12 MJ/kg dan mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi. Bahan ini sesuai dijadikan sebagai bahan makanan ternakan ruminan dan bukan ruminan. Walau bagaimanapun, jika bahan ini diberi dalam kuantiti yang banyak (melebihi 40%) kepada ternakan, perolehan fosforus boleh terjejas kerana unsur ini terikat dalam bentuk fitat.
wheat sheat patterncorak bunga gandumKesenianTiadaCorak yang menyerupai bunga gandum.
12345678910...

Kembali ke atas