APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GANGGUAN BAHASA? | Gangguan bermakna sesuatu yang mengganggu atau halangan. Gangguan bahasa boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang mengganggu yang menyebabkan sesuatu bahasa itu mengalami halangan untuk disebarkan atau untuk dipelajari. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk pusat bahasa di institusi pengajian tinggi awam. | Makna | 19.07.2008 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MENGELAKKAN GANGGUAN BAHASA? | Gangguan bermakna sesuatu yang mengganggu atau halangan. Gangguan bahasa boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang mengganggu yang menyebabkan sesuatu bahasa itu mengalami halangan untuk disebarkan atau untuk dipelajari. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk pusat bahasa di institusi pengajian tinggi awam | Makna | 19.07.2008 |
Ayat mana yang betul: (1) Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. (2) Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. | Ayat "Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan" dan "Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan". Kedua-duanya ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 20.08.2022 |
Perkataan language impairment sesuai diterjemahkan kepada gangguan bahasa atau kecelaruan bahasa / masalah bahasa/ ada terjemahan lain? | Perkataan impairment boleh diterjemahkan kepada gangguan, kerosakan dan kecelaruan. Oleh itu, kecelaruan Bahasa bagi language impairment boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2019 |
Yang manakah antara ayat yang berikut bersifat gramatis: (a) Gangguan bekalan air itu telah menimbulkan banyak masalah kepada para penduduk. (b) Gangguan bekalan air itu telah banyak menimbulkan masalah kepada para penduduk. | Kedua-dua ayat tersebut betul dan sama maknanya. Tetapi ayat (a) lebih gramatis. | Makna | 21.09.2006 |
Apakah padanan baku bagi sexual harassment dalam bahasa Melayu? Pelecehan/gangguan/kekerasan/pencabulan seksual/batin? | Padanan untuk "sexual harassment" ialah gangguan seksual. | Istilah | 31.10.2018 |
Saya ingin bertanya ejaan huruf kecil dan besar dan juga tatabahasa: 1) Telah masuknya Azan Subuh atau azan Subuh? 2) Gangguan Stres Pasca Trauma atau Gangguan stres pasca trauma telah kembali menyerang adiknya itu. 3) Dia menunaikan 'Solat Sunat Tahajud' atau 'solat sunat Tahajud'? 4) Dia pernah menyertai debat bahasa Arab atau 'Debat Bahasa Arab' sewaktu zaman sekolah dahulu. 5) Bila hendak digunakan perkataan 'kepada'? Setahu saya, 'pada' digunakan untuk tempat, masa, tarikh manakala 'kepada' digunakan untuk manusia sahaja. Contoh ayat: 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut kepada adiknya' atau penggunaan lebih tepat 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut pada adiknya'? Terima kasih. | 1) Frasa yang betul ialah ... telah masuk waktu subuh / ... telah berkumandang azan subuh. 2) Gangguan stres pascatrauma telah kembali menyerang adiknya itu. 3) Dia menunaikan solat sunat tahajud. 4) Dia pernah menyertai pertandingan debat bahasa Arab sewaktu zaman persekolahan dahulu. 5) Kata sendi nama"pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti "bermula pada hari ini", manakala kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. | Tatabahasa | 08.12.2020 |
Gangguan dalam penggunaan bahasa dan permasalahan dalam pertembungan bahasa | Sila rujuk bahan dibawah : 1. Bahasa Melayu di Malaysia: satu tinjauan tentang perkembangan danmasalahnya | Awang Sariyan | Dewan Bahasa | | 01/04/1987 |
| Lain-lain | 07.08.2008 |
Saya merupakan pelajar yang sedang menulis tesis dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, saya mempunyai masalah untuk menentukan istilah bahasa melayu bagi tajuk tesis saya. Kajian saya berkaitan dengan gangguan di dalam lapisan ionosfera. Gangguan tersebut disebabkan oleh ketumpatan ionosfera yang rendah berbanding persekitarannya. Dalam bahasa inggeris, ia dikenali sebagai plasma depletion. Manakala bahasa yang lazim digunakan ialah equatorial plasma bubble. Perkataan bubble dalam bahasa melayu ialah gelembung atau buih. Manakala kajian saya tertumpu kepada "plasma depletion". Berikut saya lampirkan gambar rajah simulasi equatorial plasma bubble. Terima Kasih. | DBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "plasma depletion" dan "plasma bubble". , Kesesuaian istilah bahasa Mlayu bergantung pada konsep yang ingin disampaikan. Contohnya perkataan "depletion" mempunyai beberapa padanan seperti pengurangan, susutan, pengosongan, kehabisan dan pengikisan. Oleh itu, terpulang pada puan untuk memilih perkataan yang sesuai dengan konteks yang ingin dikemukakan. | Istilah | 07.03.2016 |
(a) Tidak harus membuat sesuatu yang boleh dianggap menjadi nuisance of persistence annoyance kepada anggota-anggota Koperasi; | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan nuisance ialah gangguan. Persistence annoyance ialah kegusaran berterusan. Oleh yang demikian padanan bahasa Melayu bagi rangkai kata tersebut ialah gangguan kegusaran berterusan. | Istilah | 12.06.2008 |