Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.jil] | ݢنجيل

Definisi : 1. ajaib, aneh, pelik: kelakuannya agak ~ akhir-akhir ini; 2. tidak genap (bilangan), gasal: nombor bulat yg bukan nombor genap dinamakan nombor ~;mengganjil berlaku ganjil (lain drpd biasa): dia itu selalu ~ saja drpd orang lain;mengganjilkan 1. menjadikan ganjil (tidak genap, ajaib, aneh, dsb); 2. membuat orang menganggap aneh (ajaib dll): pakaiannya yg sungguh ~; keluar tak ~ masuk tak menggenapkan prb hal (orang) yg tidak mendapat perhatian dlm masyarakat; keganjilan perihal ganjil, keanehan, keajaiban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.jil] | ݢنجيل

Definisi : 1 sentiasa berlebih satu apabila dibahagikan dgn dua (ttg angka); tidak dpt dibahagikan dgn angka dua dgn tepat (tidak berlebih); tidak genap: 1, 3, 5, 7 dan 9 semuanya angka ~. 2 berlainan drpd yg biasa; tidak sebagaimana biasa; aneh; pelik: Apabila otak seseorang itu tidak sihat, kelakuannya menjadi ~. mengganjilkan 1 menjadikan ganjil atau tidak genap: Bilangan ahli jawatankuasa yg sepuluh orang itu hendaklah diganjilkan. 2 menimbulkan anggapan ganjil; menganehkan; memelikkan: Pakaiannya ~, orangnya tidak. keganjilan keadaan ganjil; keanehan; kepelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganjil

Peribahasa

Masuk tak genap,
     keluar tak ganjil.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
akasconversePernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil".Menengah Atas
nombor ganjilodd numberInteger yang tidak boleh dibahagi tepat dengan angka 2. Contohnya, −7, −5, −3, −1, 1, 3, 5, 7, ...Menengah Atas
nombor ganjilodd numberNombor yang tidak boleh dibahagi tepat dengan 2. Contohnya, 1, 3, 5, 7, ... .Menengah Rendah
nombor ganjilodd numberNombor bulat yang mempunyai baki satu apabila dibahagikan dengan dua. Contoh, 1, 3, 7, 9, 11, 13, 15, …Sekolah Rendah
jujukan nombornumber sequenceSatu susunan nombor dalam tertib tertentu. Contohnya, (i) Jujukan nombor ganjil ialah 1, 3, 5... ; (ii) Jujukan nombor bagi gandaan 5 ialah 5, 10, 15, 20, 25... ; (iii) Jujukan nombor kuasa dua sempurna ialah 1, 4, 9, 16, ... .Menengah Rendah
ayat benartrue sentencePernyataan matematik yang benar. Contohnya, pernyataan "20 + 50 = 70" ialah ayat benar dan "42 ialah nombor ganjil" ialah ayat palsu.Menengah Atas

Kembali ke atas