Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.jil] | ݢنجيل

Definisi : 1. ajaib, aneh, pelik: kelakuannya agak ~ akhir-akhir ini; 2. tidak genap (bilangan), gasal: nombor bulat yg bukan nombor genap dinamakan nombor ~;mengganjil berlaku ganjil (lain drpd biasa): dia itu selalu ~ saja drpd orang lain;mengganjilkan 1. menjadikan ganjil (tidak genap, ajaib, aneh, dsb); 2. membuat orang menganggap aneh (ajaib dll): pakaiannya yg sungguh ~; keluar tak ~ masuk tak menggenapkan prb hal (orang) yg tidak mendapat perhatian dlm masyarakat; keganjilan perihal ganjil, keanehan, keajaiban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.jil] | ݢنجيل

Definisi : 1 sentiasa berlebih satu apabila dibahagikan dgn dua (ttg angka); tidak dpt dibahagikan dgn angka dua dgn tepat (tidak berlebih); tidak genap: 1, 3, 5, 7 dan 9 semuanya angka ~. 2 berlainan drpd yg biasa; tidak sebagaimana biasa; aneh; pelik: Apabila otak seseorang itu tidak sihat, kelakuannya menjadi ~. mengganjilkan 1 menjadikan ganjil atau tidak genap: Bilangan ahli jawatankuasa yg sepuluh orang itu hendaklah diganjilkan. 2 menimbulkan anggapan ganjil; menganehkan; memelikkan: Pakaiannya ~, orangnya tidak. keganjilan keadaan ganjil; keanehan; kepelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganjil

Peribahasa

Masuk tak genap,
     keluar tak ganjil.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
GanjilGunawan MahmoodUtusan zaman01.07.1990
Ganjil: penulis ada lesen berkreatifAbdullah HussainBerita Harian04.05.1995
Malam ganjil kota rayaMasjid al-Falah Bideford RoadUtusan Borneo29.09.2008
Malam GanjilRianto, Toto MRepublika19.02.1995
Chinta ganjil dalam nobel 'Terkulai'Yahya IsmailBerita Minggu18.06.1967
LKT filem ganjil: Rais-Harian Metro24.05.2006
Kejadian-kejadian ganjil semakin banyakPak SakoWatan23.08.1988
Benda-benda ganjil yang berlalu dalam zaman modenPak SakoUtusan Zaman25.09.1983
Seni Abang GanjilAli A.SUtusan Zaman01.04.1967
Azim lakar karya ganjilNoor Sham SalehMetro Ahad17.05.1998
12

Kembali ke atas