Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.jil] | ݢنجيل

Definisi : 1. ajaib, aneh, pelik: kelakuannya agak ~ akhir-akhir ini; 2. tidak genap (bilangan), gasal: nombor bulat yg bukan nombor genap dinamakan nombor ~;mengganjil berlaku ganjil (lain drpd biasa): dia itu selalu ~ saja drpd orang lain;mengganjilkan 1. menjadikan ganjil (tidak genap, ajaib, aneh, dsb); 2. membuat orang menganggap aneh (ajaib dll): pakaiannya yg sungguh ~; keluar tak ~ masuk tak menggenapkan prb hal (orang) yg tidak mendapat perhatian dlm masyarakat; keganjilan perihal ganjil, keanehan, keajaiban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.jil] | ݢنجيل

Definisi : 1 sentiasa berlebih satu apabila dibahagikan dgn dua (ttg angka); tidak dpt dibahagikan dgn angka dua dgn tepat (tidak berlebih); tidak genap: 1, 3, 5, 7 dan 9 semuanya angka ~. 2 berlainan drpd yg biasa; tidak sebagaimana biasa; aneh; pelik: Apabila otak seseorang itu tidak sihat, kelakuannya menjadi ~. mengganjilkan 1 menjadikan ganjil atau tidak genap: Bilangan ahli jawatankuasa yg sepuluh orang itu hendaklah diganjilkan. 2 menimbulkan anggapan ganjil; menganehkan; memelikkan: Pakaiannya ~, orangnya tidak. keganjilan keadaan ganjil; keanehan; kepelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganjil

Peribahasa

Masuk tak genap,
     keluar tak ganjil.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
odd-odd nucleusnukleus ganjil-ganjilFizikAtom dan NuklearNukleus yang mempunyai bilangan proton dan neutron ganjil. Contohnya, litium-6 yang mempunyai 3 proton dan 3 neutron.
odd paritypariti ganjil; kesetarafan ganjilKejuruteraanTiadaKod binari yang mempunyai jumlah nilai ganjil.
odd lot theoryteori lot ganjilPentadbiran PerniagaanTiadaTeori yang mencadangkan tindakan pelaburan berlawanan daripada kegiatan pelabur kecil dengan melihat nisbah jualan lot ganjil bahagi belian lot ganjil. Jika nisbah positif teori mencadangkan strategi menjual dan jika nisbahnya negatif, teori mementingkan tindakan membeli.
differential odd lotbezaan lot ganjilPentadbiran PerniagaanTiadaAmaun yang ditambah kepada harga lot ganjil yang dilaksanakan. Bezaan ini menjadi keuntungan kepada peniaga lot ganjil.
odd harmonicharmonik ganjilKejuruteraanTiadaPengali nombor ganjil frekuensi asasi (f), pada gelombang yang kompleks.
odd harmonicharmonik ganjilFizikAkustikHarmonik yang merupakan gandaan ganjil frekuensi asasnya.
odd paritypariti ganjilFizikMekanik KuantumFungsi eigen yang memenuhi keadaan ganjil. Banding pariti genap.
odd-parity checksemakan kesetarafan ganjilKejuruteraanTiadaPenyemakan komputer untuk nombor ganjil pada satu atau kosong dalam data digit.
odd-even effectkesan ganjil-genapFizikAtom dan NuklearLihat petua kestabilan nukleus ganjil-genap.
odd-even nucleusnukleus ganjil-genapFizikAtom dan NuklearNukleus yang mempunyai bilangan proton ganjil dan bilangan neutron genap. Contohnya, litium-7 yang mempunyai 3 proton dan 4 neutron.
12345678910...

Kembali ke atas