Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.tang.gan.tang] | ݢنتاڠ٢

Definisi : patrum (tempat ubat bedil) yg dibuat drpd buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gantang-gantang

Puisi
 

Jangan diharap mengukus pulut,
     Pulut dikukus bergantang-gantang;
Jangan diharap kasih di mulut,
     Kasih pandai hilang datang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemukut di tepi gantang.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak dihargakan sangat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUKIT GANTANG

BUKIT GANTANG, kampung yang terletak di daerah Larut, lebih kurang 10 km dari bandar Taiping, Perak.   Menurut sejarah, Bukit Gantang bermula hanya sebagai sebuah perkampungan kecil orang Melayu yang terpencil terletak di pinggir banjaran Gunung Bintang.  Bukit Gantang terus mengalami perubahan dan perkembangan pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (Sultan Perak ke –13) yang  memerintah dari tahun 1728 hingga tahun 1756. Bukit Gantang menjadi penting kerana kedudukannya yang strategik dan merupakan laluan utara-selatan Perak.  Di samping itu, Bukit Gantang juga sebagai laluan pemisah di antara Larut (kawasan bijih timah mula ditemui) dengan Kuala Kangsar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DATO' PANGLIMA BUKIT GANTANGABDUL WAHAB TOH  MUDA ABDUL AZIZ (1905-1959), ahli politik, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
LONG JAAFAR

LONG JAAFAR (  ?  -1858), pentadbir daerah Larut, Krian dan Bagan Tiang, Perak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Jaafar dipercayai daripada keturunan Aceh, yang pernah memerintah Perak hampir lebih kurang seratus tahun pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Long Jaafar ialah cucu Pandak Jamaluddin, Orang Besar Enam Belas Perak yang pertama dengan gelaran Dato’ Paduka Setia, dan anak Alang Allaidin, Orang Besar Lapan. Long Jaafar mula dikenal pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muazzam Shah (m.m. 1819-1930) memegang jawatan Dato’ Panglima Bukit Gantang dan berkahwin dengan sepupunya, Ngah Pura, anak Dato’ Alang Alaidin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KELIAN PAUH

KELIAN PAUH, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak.  Pada tahun 1840-an, Long Jaafar telah menemui endapan bijih timah di kawasan ini.  Dia telah berusaha membuka lombong tersebut dengan meminjam modal daripada saudagar-saudagar di Pulau Pinang dan menggalakkan orang Cina daripada puak Hai San untuk melombongnya.  Dengan kejayaannya ini, Long Jaafar mula mengumpulkan kekayaan dan pengaruh.  Kedudukannya telah diiktiraf secara rasmi oleh Raja Muda Perak, Ngah Ali, dan pembesar-pembesar lain seperti Temenggung Panglima Bukit Gantang.  Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja, apabila mereka menandatangani sepucuk surat mengesahkan kedudukan Long Jaafar di Larut pada tahun 1850.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SURUHANJAYA REIDKapsyen          :           Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955

 

SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas