Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.ti] | ݢنتي

Definisi : 1. silih, penukar, pampasan: ambillah buku cerita ini sbg ~ tengok wayang; 2. = pengganti wakil: kalau engkau tak mahu pergi akulah ~ kau; 3. bp beralih, bertukar, berubah (tempat dll); ~ nama (Lin) kata utk menyebut diri (saya, engkau, dll); ~ tikar kahwin dgn adik atau kakak isteri yg telah mati; ~ hidup berkeredaan, ~ mati berkebulatan prb utk mendapatkan ganti seseorang ketua perlulah dgn muafakat;berganti bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar; berganti-ganti, bergantian bertukar-tukar, bergilir-gilir, silih berganti: seseorang yg berada di sebelah kanan anda datang ke depan anda secara ~;mengganti 1. menukar (dgn yg lain, yg baru, dll), menjadikan berganti: pegawai ini perlu diganti dgn seorang yg lebih cekap; 2. memberikan sesuatu kpd seseorang dll sbg cara memulangkan barang dsb yg sudah dihilangkan (dirosakkan dsb), memberi (membayar) ganti rugi: saya tidak dapat ~ pen awak yg sudah hilang itu; 3. mengambil tempat seseorang utk menjalankan sesuatu tugas dll: mengapa cikgu kita tidak mahu ~ guru besar dlm mesyuarat itu? menggantikan menjadi ganti: anak negeri yg pandai sudah boleh ~ pegawai-pegawai dagang; gantian sesuatu yg dapat menggantikan (mengambil tempat) sesuatu yg lain; pergantian pertukaran, peralihan, perubah­an (kpd sesuatu yg lain); penggantian perihal atau perbuatan mengganti(kan): mereka merundingkan perkara ~ Ketua Kampung; pengganti benda atau orang yg menjadi ganti: biarlah pantunku ini sbg ~ penawar hatimu; sejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.ti] | ݢنتي

Definisi : 1 sesuatu yg digunakan sbg penukar benda yg hilang atau yg tidak ada: Gunakan magnet berbentuk U atau berbentuk ladam sbg ~ magnet batang dan kemudian lukis medan magnetnya. 2 = pengganti orang yg mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Jika engkau tidak mahu pergi, aku boleh jadi ~mu. (kata) ~ nama kata yg digunakan utk membahasakan diri seseorang (spt aku, engkau dan ia). ~ rugi wang, barang dll yg diberikan utk menyilih kerugian orang lain. berganti 1 berubah menjadi lain; bertukar kpd yg lain: Cuaca yg terang ~ kelam. 2 bertukar dgn yg lain: Bajunya yg bertampal-tampal itu tidak pernah ~. ~ nama berubah namanya. ~ tikar berkahwin dgn kakak atau dgn adik isteri yg telah meninggal. berganti-ganti bertukar berturut-turut satu per satu; selalu berganti; bergilir-gilir: Anak dan isteri mereka ~ pergi ke ladang menolong menghalau burung. mengganti 1 menukar dgn yg lain; membuat berganti: Ahmad telah ~ atap rumah yg bocor itu dgn yg baru. 2 memberikan wang, barang dll sbg ganti rugi; memberikan ganti rugi: Saya sanggup ~ segala perbelanjaan utk membaiki kereta ini. 3 mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Apabila dia bersara nanti, siapakah yg akan ~nya? menggantikan membenarkan orang lain melakukan sesuatu sbg ganti orang yg mula-mula; menjadikan sbg ganti: Akhirnya Tun Perak dilantik oleh Raja ~ ayahnya menjadi Bendahara. pergantian keadaan atau hal berganti (bertukar); pertukaran; perubahan: Di kawasan khatulistiwa, ~ malam dan siang ialah satu kejadian yg berlaku pd setiap hari. penggantian perbuatan mengganti atau menggantikan: Dlm abad ke-19, ~ utk menaiki takhta sentiasa berjalan dgn tidak aman. pengganti 1 apa-apa yg dijadikan ganti: Oleh sebab kad undangan sudah habis, kita gunakan surat biasa sbg ~nya. 2 orang yg mengganti atau menggantikan: Kalau dia berhalangan nanti, siapakah pula ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganti

Puisi
 

Boleh ganti bunga kelapa,
     Bunga kelapa di Padang Jongok;
Boleh cari ibu dan bapa,
     Siapa pula nak mengaku anak?


Lihat selanjutnya...(45)
Peribahasa

Calak-calak ganti asah,
     menanti tukang belum datang.

Bermaksud :

Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul 1. Acara lari ganti ganti atau acara lari berganti ganti 2.Pertandingan bercerita atau pertandingan cerita Tq1. Acara lari berganti-ganti
2. Pertandingan Bercerita
Tatabahasa17.07.2013
Salam, 1. Saya ingin bertanya frasa Alat Ganti atau Alat ganti. Adakah G pada Ganti tersebut perlu dibuat huruf besar atau tidak? 2. Saya ingin bertanya adakah wujud perkatan Senggaraan yang merujuk kepada Penyelenggaraan. Perkataan Senggaraan digunakan secara meluas di tempat saya bertugas. Contoh : Kontrak Perkhidmatan Senggaraan serta menghantar Alat Ganti Kenderaan. Sekian, terima kasih

Penggunaan huruf G besar atau G kecil bergantung pada fungsi perkataan dalam ayat/frasa. Sebagai contoh:

1)    Kedai Alat Ganti Kenderaan Berat – perkataan “Ganti” sebagai tajuk untuk keterangan aktiviti perniagaan pada papan iklan premis

2)    Adik bermain dengan alat ganti motosikal Abang – perkataan “ganti” sebagai perkataan biasa, bukan nama khas.

 

Senggara dan selenggara sama sahaja maksudnya. Perkataan “senggara” apabila menerima sisipan "el" menerbitkan perkataan “selenggara”.” Senggaraan/ penyenggaraan atau penyelenggaraan mempunyai maksud sama, iaitu perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu.
Tatabahasa15.11.2018
Salam sejahtera, 1.Ayat aktif: Cikgu Tan menyemak buku latihan murid-muridnya. Ayat pasif: Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan. /Buku latihan murid-murid Cikgu Tan disemak olehnya. (Ganti Ganti Nama Diri Ketiga -nya perlu ditukar kepada Cikgu Tan?) 2. i)Kami dengan nenek selalu saling membantu. ii) Kami selalu saling membantu dengan jiran. (ayat i dan ii merupakan susunan perkataan untuk membetuk ayat yang betul yang dibuat oleh seorang guru. Beliau menyatakan ayat ii betul tetapi saya berpendapat ayat i betul.Sebenarnya yang mana satu betul) Sekian, terima kasih.1. Ayat pasif yang betul ialah "Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan."

2. Ayat yang betul ialah "Kami dengan nenek saling membantu." dan "Kami selalu membantu jiran."
Tatabahasa02.03.2020
PENERANGAN MENGENAI KATA GANTI NAMA HUBUNGAN SERTA DENGAN CONTOH UNTUK MEMBERI PENJELASANUntuk makluman tuan, Tatabahasa Dewan membahagiakan kata ganti nama kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama hubungan diperkenalkan oleh Arbak Othman bersama-sama empat jenis lagi kata ganti nama. Kata ganti nama hubungan ialah perkataan yang menggantikan perkataan nama dalam rangkaikata atau ayat. Walau pun bagaimanapun tidak ada huraian terperinci tentang jenis kata ganti nama tersebut.Tatabahasa13.11.2012
bolehkah sesebuah akta digantikan dengan kata ganti nama ia?Kamus Dewan mendefinisikan ia sebagai kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ia merupakan kata ganti diri ketiga. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan akta daripada menggunakan kata ganti nama ia untuk merujuk akta.
Tatabahasa01.11.2013
bolehkag "ia" digunakan sebagai kata ganti nama bagi sesebuah akta?Kamus Dewan mendefinisikan ia sebagai kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ia merupakan kata ganti diri ketiga. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan akta daripada menggunakan kata ganti nama ia untuk merujuk akta.
Tatabahasa01.11.2013
Bolehkah ganti nama "ia" digunakan benda selain haiwan? Contohnya ganti nama pokok dan tempat?Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan.Tatabahasa18.04.2018
Frasa nama yang manakah betul? larian 4✘100meter berganti-ganti / larian berganti-ganti 4✘100meterFrasa yang betul "Lari Berganti-ganti 4 x 100 meter".Ejaan19.04.2015
Soalan 1: Mana satu betul? - Kata ganti Diri. - Kata ganti nama diri. Soalan 2: Apakah kata ringkasan untuk "muka surat"? m.s. atau m/s atau ms. Terima kasih1: Buku Tatabahasa Dewan menggunakan istilah Kata Ganti Nama Diri.  
2: Singkatan muka surat ialah m.s.
Tatabahasa09.05.2012
adakah kata panggilan merupakan kata ganti nama diri ?Kata ganti nama diri mengandungi perkataan yang nerujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. 

Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa17.03.2013
12345678910...

Kembali ke atas