Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gantung;

Puisi
 

Pinang muda gantung di balai,
     Taruh makan bulan puasa;
Orang muda jangan dilalai,
     Kalau lalai rosak binasa.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
memohon gantung banner pada 15/5/15 hingga 14/6/15 di kawasan port dickson ,2 helai 20'x4'Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain06.05.2015
memohon gantung banner di port dickson area !30 helai 2' x 5' pada hari 15/5/15 hingga 14/6/15Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain06.05.2015
daijatuhkan hukuman atau dijatuhiSila berikan ayat lengkap. Ayat "Pesalah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah" salah dan yang betul ialah "Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah".Tatabahasa05.03.2010
Tuan, sy ingin bertanya tentang ayat gantung. (perlu ada subjek dan predikat) Terdapat banyak kegunaan pokok kelapa kepada kita. Adakah ayat ini betul? Subjek : Terdapat banyak kegunaan pokok kelapa. Predikat : kepada kita. Mohon penjelasan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.Penggunaan perkataan yang betul ialah ayat tergantung, bukan ayat gantung. Walau bagaimanapun, contoh ayat yang diberikan bukan ayat tergantung, sebaliknya ayat lengkap, iaitu subjeknya ialah Terdapat banyak kegunaan pokok kelapa, manakala predikat pula kepada kita.Tatabahasa28.10.2021
Pilih ayat yang betul 1. Hulu keris itu bersadurkan perak. 2. Hakim menjatuhi hukuman gantung kepada pengedar dadah itu.

Ayat yang betul ialah ayat 1: Hulu keris itu bersadurkan perak.

Ayat 2 salah dan yang betulnya ialah Hakim menjatuhkan hukuman gantung kepada pengedar dadah itu.

Tatabahasa03.03.2009
Imbuhan me - i hanya digunakan untuk orang yang menjadi penyambutnya seperti menghadiahi ibu dsb. Bagaimana pula dengan di - i dan di - kan. Contoh : i) Penjenayah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati. ii)Penjenayah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Adakah kedua-dua bentuk ayat tersebut betul atau salah satu sahaja yang betul?

Sdr. Suhaimi, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaannya. Ayat yang sama juga dapat dilihat pada ayat yang berikut. Ahmad menaiki tangga dan Ahmad menaikkan tangga. Terima kasih.

Tatabahasa24.06.2009
Bolehkah tuan terangkan penggunaan dan alasannya: 1a. dijatuhi 1b. dijatuhkan 2a. menjatuhi 2b. menjatuhkan 3a. tertarik oleh 3b. tertarik dengan 4a. membeli 4b. membelikan 5a. atau 5b. ataupun 6a. menghindari 6b. menghindarkan1. Perkataan "menjatuhi" diikuti objek bernyawa seperti Hakim menjatuhi pesalah hukuman gantung sampai mati, perkataan menjatuhkan diikuti objek tidak bernyawa seperti Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah. Perkataan dijatuhi dan dijatuhkan ialah bentuk pasif perkataan menjatuhi dan menjatuhkan. Lihat contoh ayat pesalah dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan hukuman gantung sampai mati dijatuhkan kepada pesalah.
2. Frasa "tertarik oleh" dan "tertarik dengan", kedua-duanya sama maksud dan fungsinya.
3. Membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar, seperti "membeli kereta"; manakala membelikan bermaksud membeli untuk, seperti membelikan isterinya sebuah kereta.
4. Menghindari bermaksud menjauhkan diri daripada seperti ayat saya berusaha menghindarinya: dan menghindarkan bermaksud mengelakkan daripada seperti ayat Undang-undang telah digubal utk menghindarkan perbuatan rasuah.
Makna29.09.2014
Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung (betul atau salah)betulTatabahasa20.07.2011
Salam, berikut merupakan fail untuk Bunting di gantung pada tiang jalan. Diharap pihak DBP untuk memberi maklum balas tentang penggunaan bahasa yang betul. Terima KasihIklan ini tiada masalah. Sila layari http://pb.dbpsahbahasa.my untuk pengesahan dan penyemakan iklan.

Lain-lain29.11.2017
macam mana nak register lesen utk bannar gantung di kaki lima kedai?Sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain29.04.2015
123

Kembali ke atas