Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garam-garam;

Puisi
 

Makan asam tidak bergaram,
     Garam ada di atas meja;
Melihat tuan kenangkan kawan,
     Kawanlah ada jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Garam jatuh di air.

Bermaksud :

Nasihat yang diterima dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Garam tumpah apakah (= pada) tempatnya?Orang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Garam jatuh di air.Nasihat yang diterima dengan baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga.Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Garam dikulum tak hancur.Orang yang pandai menyimpan rahsia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memberi garam kepada laut.Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membasahkan garam sendiri.Menolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat. (Bandingkan dengan: Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sayang garam sececah, busuk kerbau seekor.Kerana takut rugi sedikit, akhirnya jadi rugi banyak. sececah = sepalit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masin lagilah garam sendiri.Sanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merasai asin garam.Merasai kesusahan dan kesukaran; berpengalaman banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Banyak makan garam.Banyak pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahu di asin garam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas