Suara penyanyi rock itu sungguh menghiburkanpara penonton yang menyaksikan konsert itu. Garau/Lantang | Dalam konteks ayat tersebut, perkataan lantang lebih sesuai digunakan berbanding garau kerana bermaksud kuat dan jelas. Manakala garau pula bermakna kasar dan besar | Makna | 17.08.2016 |
Puan, Ayat berikut patut menggunakan perkataan "serak" atau "garau" ? Suara adik _________ kerana terlalu lama menangis. Terima kasih. | Perkataan yang tepat ialah serak. | Tatabahasa | 19.08.2013 |
Apakah beza dengan "serak" dan "gurau"? Terima kasih | Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza: serak - 1. parau atau garau (suara) 2. tersendat jalan pernafasannya (seperti orang kena selesema, berdahak, dan lain-lain) gurau - percakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok | Lain-lain | 20.07.2022 |
salam sejahtera, 1. adakah perkataan ini :mendung, kuat, kecil, kencang, dan lebat, merupakan kata adjektif pancaindera? Jika ya,boleh tolong nyatakan sama ada deria dengar, lihat dll. tq | Perkataan yang diberi tidak tergolong dalam kata adjektif pancaindera. Contoh kata adjektif pancaindera: 1. Deria rasa - sedap dan masam 2. Deria pandang - cantik dan hodoh 3. Deria dengar - bising dan garau 4. Deria bau - harum dan busuk 5. Deria sentuh - halus dan keras Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tatabahasa Dewan, halaman 232. | Tatabahasa | 25.03.2012 |