Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ris] | ݢاريس

Definisi : 1. tanda yg panjang halus yg dibuat pd sesuatu permukaan, garisan: melukis dr ~ A ke ~ B; 2. calar: ~-~ di badannya masih kelihatan akibat kena rotan; 3. kedut pd kulit muka; 4. tanda yg panjang halus pd tapak tangan; 5. (dlm beberapa permainan) tanda yg dibuat utk membatasi gelanggang atau bahagian-bahagiannya, garisan; 6. baris pertahanan (kubu dll), garisan: pasukannya dapat menembusi ~ pertahanan musuh; 7. had, batas, ketentuan: kita harus menunaikan tugas kita menurut ~-~ yg telah ditentukan;~ akhir baris penghabisan dlm perlumbaan; ~ bahagi garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ belakang barisan yg tidak terlibat langsung dlm medan perang; ~-~ besar perkara-perkara yg mustahak; ~ depan a) barisan yg paling depan; b) garis pertahanan yg menghadapi musuh; ~ haluan = ~ panduan panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; ~ miring garis yg condong ke bawah dan menyerong; ~ pemisah garis (batas, sempadan, panduan) yg memisahkan sesuatu dgn yg lain; ~ pusat garis yg menerusi pusat dan disempadankan oleh lilitan bulatan; ~ rentas garis yg menghubungkan dua titik pd bulatan; ~ sendeng (Mat) hipotenus; ~ sentuh garis yg menyentuh suatu titik pd lilitan bulatan; ~ singgung garis yg bersentuhan (terlalu rapat); ~ tegak garis lurus yg membuat sudut 90° dgn garis yg lain; ~ tengah Id garis pusat; bergaris mempunyai garis: kad ~;bergaris-garis banyak garisnya; menggaris membuat garis; menggariskan 1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan (sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama; garisan 1. tanda yg halus panjang pd sesuatu permukaan yg tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis: beberapa ~ berwarna hijau terdapat pd kertas itu; 2. coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan, garis: dia menendang bola itu keluar ~; 3. barisan kubu utk bertahan, deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai, garis: pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh; ~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub selatan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa;~ penamat garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan; ~ pusat garis pusat; ~ rentas garis rentas; ~ sejajar = ~ selari dua garis yg sama jarak antaranya;penggaris = kayu ~ kayu berskala utk membuat garis atau mengukur panjang garis dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ris] | ݢاريس

Definisi : Mn; pitis ~ wang keping (Inggeris). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ris] | ݢاريس

Definisi : 1 = garisan tanda yg halus panjang tetapi tidak ada tebalnya atau lebarnya; coret panjang yg lurus, bengkok atau lain-lain: ~ dr A ke B hendaklah dipanjangkan hingga ke C. 2 = garisan coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan: Dia menendang bola itu keluar ~. 3 sesuatu yg telah dijadikan asas (pegangan) utk melakukan sesuatu; pedoman: Kita harus menyelesaikan pekerjaan itu mengikut ~-~ yg telah ditentukan. 4 kesan berupa gores yg terdapat pd kulit atau pd badan seseorang atau sesuatu: Pd betisnya masih kelihatan ~-~ bekas kena rotan. 5 = garisan barisan kubu utk bertahan; deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai: Pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ pertahanan musuh. ~ daya magnet garis(-garis) lengkung di keliling sesuatu magnet yg tidak memotong antara satu sama lain. ~ finiti, = unjuran ~ finiti garis putus-putus yg dibuat utk menunjukkan berbagai-bagai pandangan terhadap sesuatu objek (spt tinggi, panjang dan dalamnya). ~ kasar a. garis yg dibuat (dilukis) secara kasar. b. apa-apa yg ditulis (dirakamkan) dlm buku secara ringkas; catatan ringkas. ~(an) pusat garis lurus dr tepi ke tepi sesuatu bulatan dan melalui pusat bulatan itu; diameter. ~(an) rentas garis yg menghubungkan dua titik pd garisan tepi sesuatu bulatan. ~(an) selari (sejajar) garisan yg sama jarak di antaranya (dr pangkal hingga ke hujung). ~(an) sentuh garis di luar bulatan yg bersentuh dgn bulatan itu (pd sesuatu titik). ~(an) tegak garis lurus yg membentuk sudut 90o dgn garis lurus yg lain. ~an Antartik garisan lintang 66 o Selatan. ~an Artik garisan lintang Utara. ~an bujur a. jarak ke timur atau ke barat dr sesuatu meridian terutamanya meridian Greenwich (diukur dlm satuan darjah. b. garis pd peta (glob) dr kutub utara ke kutub selatan. ~an Jadi garisan lintang o Selatan. ~an khatulistiwa khatulistiwa. ~an lintang a. jarak ke utara atau ke selatan dr garisan khatulistiwa (diukur dlm satuan darjah). b. garis pd peta (glob) yg merentang dr timur ke barat. ~an Sartan garisan lintang Utara. ~an sesuhu garisan yg menandai sempadan atau batas bagi sesuatu kawasan yg mempunyai suhu yg sama. ~an tegak (cancang) garisan yg lurus ke atas dan membentuk sudut tepat dgn dasarnya. ~an ufuk garisan yg mendatar. bergaris ada garisnya: Utk membuat lukisan, gunakanlah buku yg tidak ~. bergaris-garis banyak garisnya: Getah itu dimesin lagi dgn mesin getah yg ~. menggaris membuat garis: Sambil membaca, dia ~ di bawah perkataan-perkataan yg tidak diketahui maknanya. menggarisi memberi bergaris pd: ~ kertas. menggariskan 1 menggunakan sesuatu utk membuat garis; membuat garis dgn sesuatu: Anaknya telah ~ hujung paku itu pd dinding rumahnya. 2 membuat pedoman atau asas-asas yg dijadikan pegangan: Dlm hadis itu, Rasulullah ~ enam perkara yg wajib dijauhi oleh setiap muslim. penggaris kayu dll yg digunakan utk membuat garis atau utk mengukur; pembaris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garis

Peribahasa

Sumbing melalui (= meluaki),
     retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
garis panduan-garis panduan atau garis-garis panduangaris-garis panduanEjaan09.09.2011
kata gandaan yang betul bagi kapal terbang dan garis panduan; adakah kapal-kapal terbang atau kapal terbang-kapal terbang; dan garis-garis panduan atau garis panduan-garis panduan?kapal-kapal terbang dan garis-garis panduan.Tatabahasa23.07.2007
Apakah maksud pertanyaan hasyur?Menurut Kamus Dewan, "hasyur" bermaksud garis-garis pd peta bagi menunjukkan lereng gunung (merujuk bidang Geografi)Makna10.06.2007
Saya ingin memohon pencerahan mengenai arahan di bawah. Arahan yang manakah lebih tepat: 1. Sambung garisan putus-putus. 2. Sambung garis putus-putus. Atau ada cadangan yang lebih baik daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Dalam contoh yang diberikan penggunaan kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa11.08.2016
Setiap aksara Cina terdiri daripada garis lurus, garis miring, titik dan sebagainya. Adakah sesuai jika bahagian-bahagian yang membentuk aksara Cina ini disebut sebagai "lejang aksara"? Atau disebut "titik dan garis aksara Cina" sahaja? Terima kasih.Lejang aksara boleh digunakan bagi merujuk aksara Cina seperti yang dimaksudkan.Lain-lain23.12.2017
terjemahan bagi frasa "The Central Line of the Scripture" ialah "Garisan pusat Kitab" atau "Garis pusat Kitab" atau Garisan pusat dalam Kitab"? Dalam keterangan saudara, sila nyatakan perbezaan antara garisan dan garis dari sudut BM, dan juga penggunaan kata sendi "dalam" dari sudut BM dalam penterjamahan.

Terjemahan frasa ini ialah Bahagian Tengah Kitab/ Kitab Suci. Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Walaupun maknanya sama tetapi penggunaannya perlulah bersesuaian. Imbuhan an membawa maksud perluasan kawasan misalnya; darat   -  daratan, garis   -  garisan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Makna11.05.2011
apakah maksud garis kasar? adakah bermaksud garisan yang tidak halus atau?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, garis kasar bermaksud 1. garis yang dilukis secara kasar 2. rangka, catatan ringkas, maklumat utama (yang dikemukakan tidak secara terperinci)Makna10.02.2011
GARIS PANDUAN KEPALA SURAT JABATAN KERAJAAN YANG TEPATUntuk makluman, DBP tidak menyediakan panduan kepala surat. Puan boleh merujuk Pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan mengenai format tersebut.

Lain-lain04.09.2013
Format karangan catatan bahagian tarikh atau masa perlu garis atau tidak perlu garisKami kurang faham soalan tuan/puan. Boleh berikan contoh untuk menjelaskan soalan.Lain-lain05.01.2017
Ayat "Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Pulau Pinang". 1. Adakah perkataan "Garis Panduan" boleh digantikan dengan "Tatacara" atau "Amalan"? 2. Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan dalam ayat tersebut di atas?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempatgaris panduan bermaksud panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsbnya.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; Maksud Tatacara pula ialah: 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~
Manakala maksud amalan pula ialah: 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsbnya) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm. sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan;

Berdasarkan maksud/makna perkataaan yang dinyatakan di atas, perkataan garis panduan dan tatacara boleh digunakan dalam ayat tuan tersebut. Namun begitu, perkataan yang lebih sesuai ialah garis panduan.
Lain-lain14.11.2018
12345678910...

Kembali ke atas