Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : garis yg dibuat di bawah sesuatu perkataan (rangkai kata, ayat, dll) yg menunjukkan pentingnya perkataan (rangkai kata, ayat, dll) yg berkenaan; menggarisbawahi 1. membuat garis bawah pd sesuatu perkataan (rangkai kata, ayat, dll); 2. ki memberi penekanan, mementingkan: penulis ~ peringatan Elwood agar kita tidak memisahkan kebenaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garis bawah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin memohon pencerahan mengenai arahan di bawah. Arahan yang manakah lebih tepat: 1. Sambung garisan putus-putus. 2. Sambung garis putus-putus. Atau ada cadangan yang lebih baik daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Dalam contoh yang diberikan penggunaan kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa11.08.2016
Salam sejahtera, Apakah nama-nama simbol seperti @, #, &, *, -, _, / dan lainnya dalam Bahasa Melayu? Terima Kasih. NAIMJALILDalam buku Gaya Dewan tanda baca atau simbol yang diberi nama dan ada fungsinya tersendiri dalam penulisan adalah seperti yang berikut: ( - ) ialah sempang dan ( / ) ialah garis miring; simbol yang lain tidak ada dalam buku ini tetapi lazimnya ( _ ) dikenali sebagai garis bawah, ( * ) bintang, ( # ) garis silang; manakala simbol ( & ) bermaksud dan dan simbol ( @ ) bermaksud atau dan di (ikut kesesuaian konteks penggunaannya).Lain-lain26.01.2011
Salam sejahtera, apakah maksud garis repang di bahagian bawah halaman? Terima Kasih
Selamat pagi
Repang  ialah proses meratakan. Oleh itu, dalam penerbitan sesebuah buku, garis repang di bawah halaman bermaksud mesin pemotong buku akan memotong buku mengikut saiz buku berkenaan selepas buku tersebut dicetak. Garis repang terdapat disekeliling sesebuah buku. Sekian, terima kasih.
Istilah01.06.2016
Saya hendak menanyakan masalah berkenaan kata kerja ayat suruhan "garisi". Contoh ayat: 1. Garisi kata-kata kerja transitif yang mempunyai kesalahan imbuhan dalam petikan. Dalam ayat (1), dengan perkataan "garisi", arahan soalan mengarahkan pelajar membuat garis DI BAWAH, atau PADA kata-kata kerja transitif? Bagaimanakah kita hendak mengetahui bahawa sama ada arahan soalan menyuruh kita membuat garis DI BAWAH atau PADA sesuatu perkataan atau frasa dengan penggunaan perkataan "garisi"?Ayat ini hanya ditemukan dalam laras peperiksaan. Lazimnya arahan ini mengehendaki pelajar membuat garis di bawah perkataan yang dimaksudkan. Sepatutnya tidak timbul lagi persoalan membuat garis di bawah atau pada perkataan tersebut.Tatabahasa27.12.2014
Tepat atau tidak ayat di bawah: Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengenalpasti beberapa garis panduan untuk diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan adjudikasi kes-kes pertikaian.Ayat yang betul : Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengenal pasti beberapa garis panduan bagi diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepat adjudikasi kes-kes pertikaian.Tatabahasa12.05.2008
Apakah terjemahan kepada Bahasa Malaysia bagi perkataan seperti di bawah: INTERNAL SURVEY FOR FINANCIAL LITERACY BASELINE (FLB) Contoh: A. Kajiselidik dalaman untuk garis dasar celik kewangan B. Kajiselidik dalaman untuk asas celik kewangan tqTerjemahan yang dicadangkan untuk "Internal Survey for Financial Literacy Baseline (FLB) ialah Kaji Selidik Dalaman untuk Garis Dasar Celik Kewangan.Penyemakan dan penterjemahan10.10.2016
Saya ingin mendapatkan pencerahan perbezaan diantara GARIS PANDUAN, MANUAL dan MODUL. Sekian, terima kasih.

Takrif dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi garis panduan, manual dan modul adalah seperti yang berikut:

 

garis panduan

n maklumat yg boleh diikut dan dijadikan pegangan dlm melakukan sst rancangan, kerja, tindakan dsb;

 

manual

n buku, dokumen dsb yg mengandungi panduan, maklumat atau prosedur utk melaksanakan atau menggunakan sst: Beliau cuba membaiki penyaman udara di biliknya dgn merujuk manual.

 

modul

n 1 bahagian drp program, kursus, latihan dsb yg dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sst kelayakan atau kemahiran: Jabatan Bomba telah menerbitkan siri buku asas kebombaan yg merangkumi tujuh modul. • Modul ini ditujukan khas kpd ibu bapa atau penjaga yg mempunyai anak berusia di bawah 13 tahun. 2

 

Lain-lain18.06.2021
Salam. Mohon pencerahan cara mengguna perkataan sebab dan akibat. Adakah betul ayat di bawah: 1. Kepatuhan pelancong terhadap garis panduan berkhemah disebabkan oleh kesedaran alam sekitar yang tinggi. 2. Pembaziran air mengakibatkan kos operasi semakin meningkat.Waalaikumsalam. Ayat 1 dan 2 adalah betul.Tatabahasa27.04.2015
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Menggarisi atau menggariskan?Mengapa? Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya _________isi-isi penting daam petikan itu. 2) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Mengajar atau mengajarkan?Mengapa? Cikgu Hanisah ________ Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. 3) Adakah perkataan jenis perlu diletakkan selepas perkataan pelbagai atau berbagai-bagai bagi ayat di bawah? -Pelbagai-bagai jenis makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai.1) Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya menggarisi isi-isi penting daam petikan itu. Menggaris bermaksud memberi bergaris pada sesuatu, manakala menggariskan bermaksud membuat garis dengan sesuatu.
2) Cikgu Hanisah mengajarkan Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. Mengajarkan bermaksud 
mengajar sesuatu kepada seseorang dan mengajar bermaksud menyampaikan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain.  
3) Pelbagai makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai. Pelbagai bermaksud bagai dan jenis.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Pelajar, terbitan DBP.
Tatabahasa11.06.2013
PANDUAN MENULIS SURAT RASMI Panduan yang diberikan untuk kegunaan jabatan kerajaan dan bukan untuk tujuan peperiksaan awam. Cara menulis surat rasmi: 8. Perkara atau Tajuk Surat: 8.1 Ditulis dengan langkau dua di bawah perkataan menghadap surat iaitu selajur dengan nama dan alamat pengirim serta penerima. 8.2 Tajuk surat hendaklah tepat,ringkas dan padat serta dapat membayangkan kandungan surat. 8.3 Huruf pertama pada setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar dan digariskan. 8.4 Jika tajuk surat lebih daripada satu baris, hanya baris terakhir digariskan. 8.5 Tajuk surat tidak perlu diletakkan noktah. Contoh: Maklumat Guru Sandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti dan Guru Kontrak Bagi Daerah Kuala Kangsar Tahun 2003 * Tajuk surat mesti digaris Tetapi kenapa masih ada lagi surat-surat rasmi daripada mana-mana pihak yang menggunakan HURUF BESAR untuk tajuk surat rasmi atau pekeliling2????? Sedangkan apa yang dipelajari di sekolah-sekolah...tajuk surat rasmi hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil dan kata sendi nama kecuali bagi huruf pertama setiap perkataanGaris panduan penulisan surat rasmi kerajaan adalah seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007. DBP sebagai salah sebuah agensi kerajaan mematuhi garis panduan tersebut dan  menggalakkan agensi awam yang lain mematuhi garis panduan ini. Walau bagaimanapun bagi tujuan peperiksaan, pelajar hendaklah mematuhi tatacara penulisan surat rasmi yang diajar oleh guru.Lain-lain05.06.2013
12

Kembali ke atas