Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
basic guidelinegaris panduan asasPentadbiranPentadbiran Awam

Dokumen khas yang menjadi rujukan utama setiap anggota organisasi dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab. Garis panduan asas ini menjelaskan secara sistematik susunan cara bekerja, senarai tugas yang perlu dilaksanakan, fungsi dan objektif jabatan serta prosedur atau tugas yang dipertanggungjawabkan. Garis panduan asas ini penting dalam memastikan setiap anggota organisasi tidak tersasar daripada kerja yang diamanahkan. Contoh garis panduan asas dalam pentadbiran awam di Malaysia ialah Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK).

green township guidelinegaris panduan perbandaran hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProsedur terperinci bagi pembangunan perbandaran yang memberikan penekanan kepada perlindungan, penggunaan dan kitar semula sumber semula jadi. Selain itu, garis panduan perbandaran hijau juga dapat meningkatkan kualiti kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam.
Web Content Accessibility Guidelines (WCAG)Garis Panduan Capaian Kandungan Web (WCAG)Teknologi Maklumate-PembelajaranPiawai yang telah ditetapkan oleh Konsortium Jaringan Sejagat (W3C) bagi kandungan web dan teknologi maklumat supaya mesra pengguna khususnya bagi pengguna yang bermasalah penglihatan, pendengaran atau fizikal. Garis panduan ini juga diguna pakai dalam tapak web e-pembelajaran dengan menggunakan teknologi bantu seperti aplikasi yang menukar teks kepada suara bagi pelajar buta serta rabun dan papan kekunci alternatif untuk pelajar bermasalah psikomotor.
acceptance and rejection criteriakriteria penolakan dan penerimaanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGaris panduan yang digunakan dalam membuat penilaian pada bahan, komponen atau struktur, sama ada diterima atau ditolak setelah ujian tanpa musnah dijalankan. Garis panduan ini bergantung pada kod, standard dan spesifikasi yang dikehendaki oleh pelanggan.
appeals proceduretatacara rayuanPentadbiranPentadbiran Awam

Garis panduan, cara atau prosedur terperinci yang menjelaskan tentang tindakan pengendalian sesuatu urusan rayuan. Tatacara rayuan direka bentuk dengan sistematik bagi melicinkan hal ehwal rayuan agar segala peraturan dan proses dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan sempurna. Selain itu, garis panduan ini memberi ruang yang adil dan saksama kepada setiap perayu. Walau bagaimanapun mereka harus menunggu giliran sebelum setiap rayuan itu diketengahkan. Dalam konteks ini setiap jabatan mempunyai tatacara rayuan yang tersendiri, misalnya tatacara rayuan di Mahkamah Rayuan berbeza dengan tatacara rayuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

administrative proceduretatacara pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

 Garis panduan, cara atau peraturan terperinci yang menjelaskan tindakan dalam mengendalikan dan menyelesaikan tugas pentadbiran. Tatacara pentadbiran diwujudkan bagi memastikan kelancaran dalam pengurusan organisasi, membantu pekerja ke arah pencapaian matlamat,  menangani permasalahan dan kekeliruan dalam hal ehwal pentadbiran. Garis panduan ini biasanya dilampirkan sebagai manual pekerja untuk memudahkan kakitangan baru  membuat rujukan dalam urusan pentadbiran organisasi. Contoh prosedur pentadbiran ialah dalam konteks kenaikan pangkat. Tatacara pentadbiran perlu dipatuhi bermula dengan peringkat permohonan, temuduga, tapisan, pengesahan dan pelantikan. Sinonim prosedur pentadbiran.

code of ethickod etikaPengurusanPerancanganSuatu garis panduan lazimnya secara bertulis, yang ditetapkan oleh pengurusan organisasi sebagai rujukan untuk pekerja melaksanakan tindakan dan menunjukkan perilaku yang berlandaskan nilai baik dan beretika. Tujuan kod etika digariskan adalah untuk memelihara imej baik organisasi dari sudut pemerhatian pelanggan dan pihak berkepentingan. Kod etika yang berbeza antara organisasi bergantung pada visi dan misi serta budaya yang ingin diterapkan. Garis panduan kod etika juga diguna pakai dalam perlakuan profesional sesuatu bidang tugas seperti kewartawanan, perundangan dan kedoktoran. Contoh kod etika bagi pengamal perubatan adalah mengutamakan kepentingan dan keselamatan pesakit berbanding dengan kepentingan peribadi atau keuntungan semata-mata. Lihat juga tanggungjawab etika.
corporate governancetadbir urus korporatPengurusanPerancanganSuatu garis panduan kerja dan peraturan yang mengawal peri laku pengurusan atasan dan ahli lembaga pengarah sesebuah organisasi. Penekanan utama tadbir urus korporat ialah kebertanggungjawaban, keadilan dan ketelusan. Tujuan utama pemantauan melalui tadbir urus korporat adalah untuk melindungi pihak berkepentingan seperti pelabur, pemegang saham, pekerja, pelanggan dan kerajaan. Contoh perincian dalam garis panduan ini ialah butiran kontrak dengan ahli lembaga pengarah, termasuk peranan dan tanggung jawab, hak dan ganjaran serta prosedur penyelesaian konflik dengan pihak yang berkepentingan.
tax-based income policydasar pendapatan asas cukaiEkonomiTiadaDasar pendapatan yang menyediakan insentif cukai kepada pihak pengurusan dan pekerja yang mematuhi garis panduan upah dan kerja yang dibentuk oleh kerajaan. Mengikut dasar ini, kenaikan upah dan harga yang melebihi kadar yang dinyatakan dalam garis panduan akan dikenakan cukai dengan kadar yang tinggi. Oleh itu, firma dan kesatuan sekerja masing-masing tidak mempunyai insentif untuk menuntut kenaikan harga dan upah yang berlebihan.
guidelinegaris panduanPerubatanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas