Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gar.pu] | ݢرڤو

Definisi : alat utk menyuapkan makanan ke dlm mulut, memegang makanan, dsb yg tangkainya spt tangkai sudu tetapi hujungnya bercabang-cabang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gar.pu] | ݢرڤو

Definisi : alat utk mengaut atau mencucuk makanan (memasukkan makanan ke dlm mulut) yg tangkainya spt tangkai sudu tetapi hujungnya bercabang dua atau lebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garpu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamuaikum tuan, adakah supu (paduan bagi "sudu" dan "garpu") dan gardu (paduan bagi "garpu" dan "sudu") boleh dipakai sebagai padanan "spork" (daripada "spoon + fork") dalam bahasa Inggeris? Terima kasih.
Dalam bahasa Melayu ada beberapa perkataan yang merupakan akronim yang diterbitkan melalui proses penggabungan suku kata atau bahagian kata beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan lain, misalnya pawagam dan berdikari. Walau bagaimanapun, perkataan supu yang merupakan gabungan singkatan bagi sudu dan garpu masih tidak kedapatan dalam korpus bahasa Melayu. Pembentukan kata akronim seperti ini perlu diselaraskan dan tidaklah boleh dilakukan sewenang-wenangnya serta tertakluk kepada Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
Istilah02.08.2023
garpu atau garfu yang tepat?Ejaan yang betul ialah garpu.Ejaan27.07.2009
fork = garpu atau garfu. terimakasihBerdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan perkataan fork dalam bahasa Melayu ialah garpu.  Istilah02.03.2010
Apakah ejaan yang tepat bagi perkataan garfu?

Ejaan yang tepat ialah garpu. Kata masukan garpu dalam Kamus Dewan Perdana:

garpu alat yg bertangkai agak panjang dgn hujungnya bercabang dua atau lebih, dibuat drp logam, plastik dsb, yg digunakan utk memegang atau mencucuk makanan spt daging atau lauk.

Semoga jawapan ini membantu tuan/puan. Terima kasih.
Ejaan14.05.2023
Salam sejahtera tuan. Perkataan 'garpu' dan 'garfu' , yang manakah tepat dan boleh digunakan? Maklum balas tuan amat saya hargai. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah garpu.Ejaan15.09.2014
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk sudu garpu,dan senduk?Penjodoh bilangan bagi sudu, garfu dan senduk ialah sebatang. Jika sudu dan garfu, penjodoh bilangannya ialah sepasang.Lain-lain09.08.2010
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan e-mel adalah e-mel bukannya emel? Kenapa ejaan hajah hanya satu j sahaja? Kenapa ejaan nanas adalah nanas, bukannya nenas? Kenapa ejaan adilfitri adalah jarak, iaitu bukannya aidil fitri? Kenapa ejaan garpu bukannya garfu? Terima kasih.Untuk makluman tuan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Perkataan e-mel (bahasa sumber e-mail), nanas (bahasa sumber ananas) dan garpu (bahasa sumber garpo). Untuk makluman tuan juga, dalam peminjaman kata Arab bentuk visual diserap masuk dalam bahasa Melayu, bukan sebutannya. Oleh itu, bentuk tasydid diterjemahkan hurufnya sahaja (huruh jim kepada j), bukan bunyi. Perkataan Aidilfitri telah mantap ejaannya sebagai satu perkataan sedari awal penyerapannya dalam bahasa Melayu. 
Ejaan14.07.2021

Kembali ke atas