Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.sar] | ݢاسر

Definisi : ganas dan kasar; orang ~ orang yg ganas dan kasar (tidak bertamadun, tidak beradab). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.sar] | ݢاسر

Definisi : ganas dan kasar: orang ~ orang yg ganas dan kasar (tidak bertamadun dan biadab). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gasar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG GASAR

Orang gasar atau Barbarian, ialah perkataan

yang digunakan untuk menggambarkan orang

yang tidak bertamadun atau tidak berpendidikan. Ia

berasal daripada perkataan Yunani barbaros , yang

pada mulanya hanya bermaksud orang yang

bertutur dalam bahasa yang tidak difahami oleh

orang Yunani purba. Tetapi tidak lama kemudian

perkataan ini juga membawa maksud bukan-

Yunani atau orang asing.

UMUM 
THEODORIC

Theodoric (455? M.–526 M.) ialah raja Ostrogoth

(Goth Timur) yang memerintah kawasan yang kini

dikenali sebagai Itali dari tahun 493 M. hingga

kemangkatannya. Baginda memerintah setelah

merampas kuasa daripada orang gasar yang

menguasai Itali daripada orang Rom 17 tahun

sebelumnya.

UMUM 
SYOGUN

Syogun ialah gelaran bagi pemerintah feudal Jepun

yang agung. Istilah syogun bererti panglima agung

dalam bahasa Jepun, dan merupakan singkatan bagi

suatu gelaran yang bermakna Generalismo yang

Menakluki Orang Gasar.

UMUM 

Kembali ke atas