Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gas.ter] | ݢستر

Definisi : (Bio) bahagian salur pencernaan berbentuk kantung yg terletak di antara esofagus dan usus kecil, perut besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gas.ter] | ݢستر

Definisi : ist bahagian salur pencernaan berbentuk kantung yg terletak di antara esofagus dan usus kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaster


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah 'mereka' digunakan bagi (i) haiwan, dan (ii) struktur tubuh? Contoh ayat: Jelaskan motility gaster dan usus serta pengawalaturan mereka. Terima kasih

Menurut buku Tatabahasa Dewan, kata mereka ialah kata ganti nama diri orang ketiga (dalam bentuk jamak) yang hanya digunakan untuk manusia dan  tidak digunakan bagi merujuk binatang dan perkara-perkara lain.Oleh itu, ayat tersebut boleh diubah menjadi “Jelaskan motility gaster dan usus serta proses aturan/kawalannya”. Jika merujuk binatang, kata ganti nama mereka perlulah digantikan dengan nama haiwan yang terlibat.  

Tatabahasa02.04.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah yang membezakan antara 'serat' dan 'serabut'? Apakah padanan yang paling tepat untuk konsep 'fiber' dalam teks teknikal. Terima kasih.Perkataan serat, serabut dan gentian merupakan padanan bagi istilah fibre dalam bahasa Inggeris. Serat: Struktur seperti benang, seperti sel otot, serat saraf atau serat kolagen.Serabut: Bahan berselulosa yang tidak tercernakan oleh enzim gaster usus manusia.Gentian: Serat atau serabut pada sabut, daging manusia dan lain-lain.Tatabahasa02.10.2013

Kembali ke atas