Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.tal] | ݢاتل

Definisi : 1. (be)rasa tidak enak pd kulit hingga menimbulkan keinginan utk menggaru (disebabkan oleh gigitan semut, nyamuk, dsb atau kudis, luka, dsb): jariku ~ benar, barangkali akan mendapat wang; 2. menyebabkan rasa gatal (kerana terkena ulat bulu dll); daun ~ jelatang; sakit ~ menderita penyakit kudis; semut ~ semut yg menimbulkan rasa gatal; 3. suka bergaul secara bebas dgn bernafsu (lelaki, perempuan), galak; 4. = gatal-gatal tidak dapat menahan keinginan utk membuat sesuatu, suka sekali hendak membuat sesuatu: kakiku sudah ~ hendak berjoget; ~ mulut suka menceritakan keburukan orang; ~ tangan sangat ingin hendak mengerjakan yg tidak-tidak; diturutkan, ~ tiba ke tulang prb sesiapa yg menurutkan nafsu akhirnya akan menyesal juga; kini ~ besok digaruk prb pertolongan yg terlambat; lain ~ lain digaruk prb lain yg disoal, lain yg dijawab; siapa ~ dialah menggaru prb siapa yg berkehendak, berusahalah sendiri; menggatal berkelakuan suka usik-mengusik antara lelaki dgn perempuan dgn tujuan utk menggoda, memikat, dsb: dah tua begini pun masih nak ~ lagi; lelaki ini makin tua makin ~;menggatalkan menjadikan gatal: getahnya kalau kena akan ~ badan; kegatalan perihal gatal, rasa gatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.tal] | ݢاتل

Definisi : 1 berasa atau perasaan tidak enak pd kulit hingga menimbulkan keinginan hendak menggaru: ~ benar kepalaku ini, banyak kelemumur agaknya. 2 menyebabkan berasa gatal: Ulat bulu ini ~, jangan dipegang. 3 suka atau ingin bersetubuh. 4 = gatal-gatal terlalu ingin hendak berbuat sesuatu: Tangannya ~ hendak menempeleng orang yg mencuri wangnya itu. ~ mulut sangat suka bercakap-cakap yg bukan-bukan; suka berleter atau suka mengumpat. ~ tangan suka membuat sesuatu yg bukan-bukan dgn menggunakan tangan. menggatalkan menjadikan atau menyebabkan berasa gatal: Bunga itu cantik, tetapi getahnya ~ kulit. kegatalan 1 menderita gatal pd kulit: Anak itu ~ kerana badannya berkudis. 2 keadaan atau rasa gatal: Bahan itu menyebabkan ~ pd kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gatal

Peribahasa

Hati gatal mata digaruk.

Bermaksud :

Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rengsa I(réngsa) 1. lemah badan, tidak ber­tenaga, berasa malas, segan (tidak bernafsu dll); 2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dsb pd sesuatu bahagian tubuh: kadangkala mata mungkin menjadi ~; hemoroid me­nyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan ~; 3. (Bio) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan spt sentuhan, cahaya dan haba (bkn organisma hidup): nyamuk itu ~ terhadap DDT yg disembur di dlm rumah hingga menyebabkan ia tidak hinggap lama pd dinding; merengsa bermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll); merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pen­dedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong; kerengsaan 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; perengsa bahan atau unsur yg merengsakan: semut yg menggigit mengeluarkan cecair ~ pd tempat gigitannya; asap rokok sbg bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali drpd lingkungan pesakit asma.Kamus Dewan Edisi Keempat
keridassj penyakit kulit yg menye­babkan rasa gatal-gatal, kurap yg sangat gatal.Kamus Dewan Edisi Keempat
kadas keridassj penyakit kulit yg menye­babkan rasa gatal-gatal, kurap yg sangat gatal.Kamus Dewan Edisi Keempat
merenyam1 = merenyam-renyam berasa gatal-gatal: Selepas menebang perdu buluh itu, badannya ~. 2 ki gatal (bkn perempuan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
renyam; merenyam 1 = merenyam-renyam berasa gatal-gatal: Selepas menebang perdu buluh itu, badannya ~. 2 ki gatal (bkn perempuan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
gatal-gatalterlalu ingin hendak berbuat sesuatu: Tangannya ~ hendak menempeleng orang yg mencuri wangnya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
renyam; merenyam, merenyam-renyam1 berasal gatal-gatal: Selepas menebang perdu buluh itu badannya ~. 2 ki gatal (bkn perempuan).Kamus Pelajar
merenyam-renyamberasa gatal-gatal: Selepas menebang perdu buluh itu, badannya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelemumur1 penyakit pd kulit kepala yg menyebabkan berasa gatal-gatal dan bersisik-sisik putih, Seborrhoeic dermatitis. 2 kulit (sel) mati yg berupa serbuk putih pd kulit kepala dan menyebabkan kepala berasa gatal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ruam panasruam yg gatal-gatal yg disebabkan oleh radang pd kelenjar peluh;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas