Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gaul] | ݢاءول

Definisi : campur, baur, kacau; bergaul 1. bercampur (dgn), beraduk; 2. berkenalan, berbaik-baik, dan bercampur dgn orang lain, berkawan, bersahabat: begitulah aku ~ dan bermain dgn kawan-kawanku; kau harus ~ dgn rakyat supaya mengetahui bagaimana membimbing mereka;menggaul mengaduk, mencampur: tanah itu mestilah digaul dgn baja;menggauli, mempergauli mencampuri, berkawan secara mesra dgn: yg digauli Juriah orang muda-muda belaka;menggaulkan mencampurkan: kapur perekat dibuat dgn ~ kapur mati, pasir dan air;pergaulan perihal bergaul, percampuran (persahabatan dll): ~nya di sekolah disukai oleh guru besar; ~ hidup perihal hidup bergaul, kemasyarakatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gaul] | ݢاءول

Definisi : ; bergaul 1 menjadi bercampur atau berbaur sehingga susah hendak mengasing-asingkannya: Ia menyuapkan nasi yg ~ dgn sayur dan lauk itu ke mulutnya. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bercampur dgn orang lain; bersahabat: Pelajar-pelajar yg banyak ~, banyak membuang masa dgn berbual, pergi ke parti dsb. menggaul mengacau supaya bergaul (antara satu dgn yg lain); mengaduk; membancuh: Sambil bercerita itu, Ali terus juga ~ nasinya dgn kuah dan sambal. menggauli melakukan hubungan jenis dgn; menyetubuhi. mempergauli menggabungkan diri dgn masyarakat; mencampurkan diri dgn: Dia hanya ~ orang-orang yg setaraf dgnnya saja. mempergaulkan menggalakkan atau membiarkan seseorang bergaul dgn orang-orang lain. pergaulan hal bercampur atau bergaul dgn orang lain; percampuran: Umumnya, wanita pandai mencari persesuaian dlm ~ sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaul


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
subjugate vt 1. overpower, menguasai, menaklukkan: Caesar conquered Gaul, and ~d its people, Caesar menaklukkan Gaul, dan menguasai penduduknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
invadevt 1. enter forcibly in order to take control of, attack, a. melanggar, menyerang: when the Romans ~d Gaul..., apabila orang-orang Rom melanggar Gaul...; b. (fig.) menyerang: microorganisms that ~ diseased tissue, mikroorganisma yg menyerang tisu yg berpenyakit; the birds drive out others that try to ~ their territory, burung-burung tersebut menghalau binatang-binatang lain yg mencuba menyerang kawasannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Gallicadj Gaul.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
toss2. coat (food) with dressing by gentle shaking, menggaul-gaulkan, membalik-balikkan: ~ the boiled vegetables in butter and vinegar, gaul-gaulkan sayur yg dicelur itu dgn mentega dan cuka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
whatb. important facts or conditions, selok-belok: you can take his advice with confidence, he knows ~’s ~, when it comes to buying stock and shares, kamu boleh terima nasihatnya ttg membeli saham, dia tahu selok-beloknya; ~ with, lebih-lebih lagi: ~ with having a full-time job, three children and no domestic help, she had no time for social life, lebih-lebih lagi dgn kerja sepenuh masa, tiga orang anak dan tanpa pembantu rumah, dia tdk ada masa utk bercampur gaul; /give, get/ ~ for, (colloq) menghamun: he gave his wife ~ for when he found she’d lost the housekeeping money at a mah jong party, dia menghamun isterinya apabila mengetahui bahawa isterinya menghabiskan duit belanjaan rumah di tempat main mahjung; so ~!, peduli apa!: You’ll lose your job.” “So ~ ? I’ll get another!”, “Nanti kamu kena buang kerja.” “Peduli apa! Saya cari kerja lain!”.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas