Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gaul] | ݢاءول

Definisi : campur, baur, kacau; bergaul 1. bercampur (dgn), beraduk; 2. berkenalan, berbaik-baik, dan bercampur dgn orang lain, berkawan, bersahabat: begitulah aku ~ dan bermain dgn kawan-kawanku; kau harus ~ dgn rakyat supaya mengetahui bagaimana membimbing mereka;menggaul mengaduk, mencampur: tanah itu mestilah digaul dgn baja;menggauli, mempergauli mencampuri, berkawan secara mesra dgn: yg digauli Juriah orang muda-muda belaka;menggaulkan mencampurkan: kapur perekat dibuat dgn ~ kapur mati, pasir dan air;pergaulan perihal bergaul, percampuran (persahabatan dll): ~nya di sekolah disukai oleh guru besar; ~ hidup perihal hidup bergaul, kemasyarakatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gaul] | ݢاءول

Definisi : ; bergaul 1 menjadi bercampur atau berbaur sehingga susah hendak mengasing-asingkannya: Ia menyuapkan nasi yg ~ dgn sayur dan lauk itu ke mulutnya. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bercampur dgn orang lain; bersahabat: Pelajar-pelajar yg banyak ~, banyak membuang masa dgn berbual, pergi ke parti dsb. menggaul mengacau supaya bergaul (antara satu dgn yg lain); mengaduk; membancuh: Sambil bercerita itu, Ali terus juga ~ nasinya dgn kuah dan sambal. menggauli melakukan hubungan jenis dgn; menyetubuhi. mempergauli menggabungkan diri dgn masyarakat; mencampurkan diri dgn: Dia hanya ~ orang-orang yg setaraf dgnnya saja. mempergaulkan menggalakkan atau membiarkan seseorang bergaul dgn orang-orang lain. pergaulan hal bercampur atau bergaul dgn orang lain; percampuran: Umumnya, wanita pandai mencari persesuaian dlm ~ sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
GaulGaulSejarahTiadaTiada
gaullekukKesenianTiadaTiada
cut-inpotong gaulPentadbiran PerniagaanTiadaPotong gaul: Kaedah mencampur lemak dengan bahan kering supaya menjadi ketulan lemak yang kecil dengan menggunakan pengisar pastri.
mixcampur; gaulFizikTiadaTiada
tossbalik; gaul; golek; lambungFizikTiadaTiada
mixcampur; gaulKimiaTiadaTiada
tossbalik; gaul; golek; undiPendidikanTiadaTiada
mixcampur; gaulKejuruteraanTiada2. Menghasilkan satu isyarat secara percampuran dari dua isyarat masukan.
tossbalik; gaul; golek; tampiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
mixcampur; gaulPentadbiran PerniagaanTiadaProses mencampur dua atau lebih bahan cecair dan dikacau sehingga sebati.
12

Kembali ke atas