Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gaun] | ݢاءون

Definisi : sj baju perempuan cara barat yg anggun atau utk pakaian formal; bergaun memakai gaun: dia ~ putih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gaun] | ݢاءون

Definisi : sj pakaian perempuan cara Barat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERKAL

Perkal ialah kain yang ditenun rapat-rapat dibuat

daripada benang kapas sisir halus. Ia digunakan

untuk membuat gaun, pijama, kemeja, dan pelbagai

pakaian lain.

UMUM 
KAIN LEBAR

Kain lebar ialah kain kapas atau kain bulu bebiri

lembut yang digunakan untuk membuat kot, sut,

kemeja dan gaun.

UMUM 
AMISH

Amish tergolong dalam kumpulan Protestan yang

berasal dari Switzerland, tetapi kini berpusat di

Amerika Syarikat dan Kanada. Mereka juga dikenali

sebagai Old Order Amish . Amish mengajar tentang

kehidupan yang terpisah daripada dunia. Ahli-ahlinya

dilarang pergi berperang, mengangkat sumpah, atau

memegang jawatan awam. Doktrin mereka

menghendaki mereka bertani dan menjalani

kehidupan ringkas. Kaum lelaki Amish menyimpan

janggut dan memakai topi bertepi lebar manakala

kamu wanita memakai gaun labuh dan topi bonet.

Ahli-ahli bertemu di rumah mereka setiap dua

minggu untuk bersembahyang. Mereka membajak

tanah dengan kuda, dan Ordnung (kitab) mereka

melarang mereka menggunakan kuasa elektrik serta

telefon. Mereka mengehadkan pendidikan setakat

usia 15 tahun. Mereka yang mengingkari Kitab

Perjanjian Lama biasanya menyertai golongan

Mennonite (lihat Mennonite ).

UMUM 

Kembali ke atas